M2: Perjuangan skuad tuan rumah, RSG kini berakhir, 10S Gaming Frost mara ke lower bracket

Pasukan tuan rumah, RSG akhirnya terpaksa mengangkat bendera putih selepas ditewaskan skuad Jepun, 10S Gaming Frost di pusingan kedua peringkat kumpulan kejohanan dunia Mobile Legends, M2 sebentar tadi.

10S Gaming Frost sebelum ini tidak memenangi mana-mana perlawanan yang dimainkan mereka. Mereka tewas di tangan Alter Ego Esports dan Bren Esports. Namun di hari ketiga M2, semuanya berubah.

Perlawanan di game kedua. Mereka menggunakan lineup teamfight semuanya.

  

Obuyan sememangnya hebat sebagai Silvanna.

Perjuangan mereka sewaktu M1 dulu nampaknya diteruskan lagi. Dulu mereka layak melepasi peringkat kumpulan dan menewaskan beberapa pasukan dari negara MPL.

Pada game ketiga dan penentuan, 10S Gaming bermain dengan begitu baik sekali. Mereka menekankan aspek kepasukanan dengan pemilihan hero teamfight seperti Kagura, Silvanna dan Popol Kupa.

Mereka seterusnya mara ke lower bracket.

TAGS

RELATED NEWS

+