M2: RRQ tak bagi peluang bernafas kepada pasukan Brazil, Dreammax

Sememangnya mendebarkan apabila pasukan Indonesia memulakan langkah mereka dalam kejohanan dunia Mobile Legends, M2.

Sebelum RRQ, Alter Ego berjaya menundukkan skuad ‘meta pelik’ 10S Gaming Frost dari Jepun. Kali ini, giliran RRQ pula menunjukkan ‘taring’ mereka.

Mereka berjaya menewaskan skuad Brazil, Dreammax dengan kemenangan bersih 2-0. Seperti tiada saingan hebat diberikan lawan kerana RRQ Hoshi berjaya mendominasi perlawanan dengan jayanya.

Namun, yang menjadi tumpuan adalah perlawanan selepas ini iaitu El Clasico antara Alter Ego dan Bren Esports (Filipina). Pertempuran di MPLI dahulu sedikit sebanyak membuatkan Bren Esports ingin membuktikan kali ini mereka tidak mudah dikalahkan.

Selain itu, RRQ juga akan bertembung dengan skuad tuan rumah, EVOS SG pada jam 8 malam nanti. Bagi kejohanan terakhir EVOS SG, mereka juga ingin buat yang terbaik, lagi-lagi ditambah dengan bantuan jurulatih EVOS Legends, Zeys.

Nantikan perlawanan seterusnya di Facebook rasmi Mobile Legends: Bang Bang.

RELATED NEWS

+