M2: “Tak ada masa nak rehat, kami akan terus kaji game lawan,” – Obuyan

Pemain 10S Gaming Frost, Obuyan akan terus mengkaji gaya permainan pasukan lain bagi persiapan di lower bracket kejohanan dunia MLBB, M2.

Beliau menjawab pertanyaan media ketika ditanya apakah 10S Gaming Frost akan bersiar-siar di Singapura esok kerana tiada perlawanan.

“Tak ada masa nak rehat. Kami akan terus kaji dan meningkatkan kemahiran kami,” katanya.

Sebentar tadi, pasukan Jepun ini berjaya menyingkirkan skuad Singapura, RSG dengan skor 2-1.

Mereka bermain dengan begitu agresif dan mengekalkan empat hero sama pada game kedua dan ketiga.

Obuyan pula memperoleh MVP dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan lower bracket dijangka bermula pada Jumaat.

RELATED NEWS

+