"> " /> " />

M2: Todak kini di fasa persiapan akhir, ingin harum nama negara

Penulis sebelum ini melaporkan skuad Todak berlatih guna Discord bagi menghadapi kejohanan dunia Mobile Legends, M2 di Singapura. 

Pihak pengurusan pasukan Todak sendiri berusaha menjaga dan mengikut SOP yang telah ditetapkan dengan ketat. Pemain ditempatkan di dalam bilik hotel masing-masing bagi tujuan kuarantin selama 14 hari.

Hanya dua orang ditempatkan dalam satu bilik dan mereka juga tidak dibenarkan berjumpa dengan satu sama lain.

“Walaupun situasi pandemik masih belum reda, pasukan kami telah  pun bersedia untuk melakukan persiapan terakhir sebelum pertandingan ini bermula.

“Kami menjadikan prestasi persembahan kami ketika MPL musim ke 6 sebagai titik mula kami untuk mempamerkan prestasi yang lebih baik untuk M2 bagi mengharumkan nama Malaysia” kata pengurus pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi.

Sebelum ini, Ahmad dari Alter Ego dilaporkan positif COVID-19 dan digantikan dengan Yam.

M2 akan dianjurkan oleh Moonton pada 18 Januari dengan kerjasama Persatuan Cybersports dan Online Gaming Singapura (SCOGA) serta disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB). Tidak seperti MPL atau MPLI, M2 akan diadakan secara offline di Shangri-La Singapura untuk hadiah terkumpul AS$300,000 (RM1.2 juta).

Sebanyak lapan pasukan dari negara MPL dan empat pasukan dari negara tiada MPL menyertai.

Mereka adalah: 

  • Malaysia – Todak
  • Singapura – RSG dan EVOS SG
  • Indonesia – RRQ dan Alter Ego Esports
  • Filipina – Bren Esports dan Omega Esports
  • Myanmar – Burmese Ghouls
  • Kemboja – Impunity KH
  • Brazil – Dreammax
  • Jepun – 10S Gaming Frost
  • Rusia – Unique Devu

Ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+