M2: Yam buktikan keserasian bersama Alter Ego, mara ke peringkat seterusnya

Pemain Alter Ego Esports, Yam membuktikan beliau layak menggantikan posisi Ahmad yang positif COVID-19 dalam menghadapi lower bracket ke atas 10S Gaming Frost dalam kejohanan dunia MLBB, M2 hari ini.

Yam menggantikan Ahmad yang tidak dapat bersama mereka di Singapura. Meskipun tewas di tangan Bren Esports, Alter Ego terus mencari kesilapan mereka dan akhirnya berjaya comeback di lower bracket.

Keupayaan Yam menggunakan YuZhong dengan berkesan dalam game pertama juga menunjukkan beliau sudah serasi bersama ahli lain.

Yam berjaya mendapat MVP denga K/D/A 10:1:6, satu persembahan yang sangat menarik.

Pada game kedua, Yam menggunakan Benedetta pula. Beliau berjaya menjaga dan memenangi lane lantas memberi peluang kepada Alter Ego bermain lebih agresif.

Alter Ego mara ke pusingan lower bracket seterusnya.

RELATED NEWS

+