Mafia III: Definitive Edition telah tiba, mengandungi semua kandungan tambahan

Mafia III pada asalnya dilancarkan pada tahun 2016 dan empat tahun kemudian, penerbitnya 2K Games telah melancarkan Mafia III: Definitive Edition di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Malangnya, Mafia III: Definitive Editi0n tidak menerima penambahbaikan grafik dan audio seperti Mafia: Definitive Edition dan Mafia II: Definitive Edition. Ia hanya mengandungi kesemua kandungan tambahan yang pernah dilancarkan untuk judul tersebut.

Anda boleh membeli Mafia III: Definitive Edition untuk PC melalui Steam pada harga RM96 dan ia boleh dibeli untuk PS4 di PlayStation Store pada harga RM129.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+