Maharaja Soloz masuk Malaysia Book of Records

Nama Faris Zakaria AKA Soloz sudah biasa disebut di negara ini apabila berbual tentang e-sukan dan gaming. Kini, nama tersebut juga telah dimasukkan dalam Malaysia Book of Records!

Pada 2 Mei 2020, Malaysia Book of Records telah mengumumkan bahawa Soloz kini telah dimasukkan dalam buku rekod tersebut. Beliau kini memegang rekod jumlah pengikut tertinggi di Facebook dalam kategori e-sukan.

Pada waktu ini, Soloz mempunyai lebih daripada 1.2 juta pengikut di laman Facebooknya. Beliau terkenal sebagai seorang streamer yang sangat handal bermain permainan video seperti Mobile Legends: Bang Bang.

Jelas sekali pengalaman beliau sebagai seorang atlit e-sukan yang pernah bermain untuk pasukan Team Bosskur melonjakkan kerjaya beliau sebagai seorang streamer.

Sumber: Malaysia Book of Records

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+