Mak Cun’s Adventure Menyajikan Hidangan India Kegemaran Rakyat Malaysia Sempena Deepavali

Makanan India kegemaran ramai kini disajikan dalam Mak Cun’s Adventure!

Media Prima Labs mengumumkan sebuah gerai menyediakan hidangan India sempena perayaan Deepavali.

Bukan setakat roti canai, korang boleh menghidangkan makanan India kegemaran rakyat Malaysia kepada pengunjung gerai Mak Cun seperti chapati, tosai, ayam tandoori, samosa, kuah dhal, kari kambing dan kentang serta snek murukku. 

Terdapat 30 tahap disediakan dalam gerai ini. Setiap tahap yang dilalui akan menjadi lebih susah seperti kena layan pelanggan cerewet dan order yang banyak. Namun, sebagai usahawan Mak Cun berjaya, mesti korang boleh atasi.

Mak Cun’s Adventure merupakan sebuah game mobile diadaptasi daripada rancangan TV popular, Mak Cun. Korang bermain sebagai usahawan tempatan berjaya menguruskan pelbagai jenis bisnes seperti membuka gerai makanan dan menguruskan butik Mak Cun. 

Mak Cun’s Adventure kini boleh dimuat turun di App Store (iOS) dan Google Play Store (Android)

+++

Semangat keusahawanan ini seiring dengan inisiatif Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2019 dilaksanakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam mempromosikan barangan tempatan dan membantu pengusaha tempatan dalam menggalakkan pertumbukan ekonomi negara. Berikut adalah objektif KBBM 2019:

  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia terhadap barangan dan perkhidmatan buatan Malaysia
  2. Merangsang pertumbuhan ekonomi domestik dengan meningkatkan pembelian barangan tempatan sekaligus membantu meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan
  3. Mempamerkan pelbagai barangan/produk buatan tempatan kepada rakyat Malaysia dan secara tidak langsung dapat memperkenal serta menarik minat orang ramai terhadap barangan
    tempatan
  4. Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kualiti produk serta perkhidmatan buatan Malaysia yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekaligus membendung sikap
    mengagungkan produk luar negara sedangkan produk buatan Malaysia juga setanding atau lebih baik daripada produk luar negara
  5. Membantu pengusaha tempatan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan mereka
  6. Memberikan dorongan kepada pengusaha-pengusaha tempatan dalam menghasilkan produk-produk tempatan yang setanding dengan produk luar negara.

Ayuh, mari kita sokong barangan, aplikasi dan game buatan Malaysia!

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+