Maklumat baharu Cyberpunk 2077 melalui acara Night City Wire

Salah sata permainan video yang paling dinanti-nantikan tahun ini ialah Cyberpunk 2077. Pembangunnya, CD Projekt Red, akan mengongsikan maklumat baharu mengenai judul tersebut pada bulan Jun.

Akaun Twitter rasmi Cyberpunk 2077 baru-baru ini memuat naik gambar tentang cara Night City Wire. Acara tersebut akan berlangsung pada 11 Jun 2020. Malangnya, mereka tidak menyatakan butiran ataupun maklumat mengenai apa yang akan dikongsikan.

Marcin Momot, Ketua Komuniti Global di CD Projekt Red, juga tidak mendedahkan apa yang akan dikongsi tetapi menyatakan “Banyak perkara akan ditunjuk!” di akaun Twitternya.

Penulis berharap mereka akan menunjukkan lagi kawasan-kawasan di peta Cyberpunk 2077 iaitu Night City. Selain itu, banyak lagi butiran cara permainan dan pengolahan watak utama masih belum didedahkan.

Cyberpunk 2077 dijadualkan untuk dilancar pada 17 September 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Xbox Series X, dan Google Stadia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+