Marvel’s Avengers: War Table mempertunjukkan mod multi-pemain dan pengubahsuaian adiwira

Crystal Dynamics telah mengadakan pembentangan Marvel’s Avengers: War Table semalam untuk mempertunjukkan pelbagai aspek permainan video mereka iaitu Marvel’s Avengers.

Pembentangan yang bertempoh 25 minit itu memperincikan jalan cerita judul tersebut dan juga mempertunjukkan permainan single player, multi-pemain, serta aspek pengubahsuaian adiwira.

Lima watak yang diberikan fokus dalam pembentangan ini adalah Kamala Khan, Iron Man, Thor, Black Widow, dan The Hulk. Musuh utama dalam judul ini ialah M.O.D.O.K.

Satu kenyataan menarik yang dibuat oleh Crystal Dynamics dalam pembentangan tersebut ialah mereka menjanjikan banyak lagi kandungan tambahan dari segi watak-watak, kawasan, dan misi baharu secara percuma.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 4 September tahun ini di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia. Versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X juga akan tiba pada masa depan.

RELATED NEWS

+