Mata Sembab Dan Letih Lepas Main Game? Dah Tak Perlu Risau Dah!

Perasan tak, kalau kita selalu main game tanpa henti sejenak, pandangan akan jadi kabur dan mata kita terasa letih. Tapi bukan sebab main game saja yang boleh menyebabkan mata sembab, ada beberapa situasi lain yang boleh menyumbang kepada masalah ini.

Jom perhatikan situasi-situasi berikut!

 

Selalu hadap peranti pintar

Memang betul, permainan mudah alih masa kini membuatkan kita tak senang duduk. Kalau ada saja masa terluang, mesti nak rank dengan kawan-kawan dalam Mobile Legends. Tak pun, belajar mahir semua peta dalam PUBG Mobile. Ada yang luang masa hanya dua jam sehari tapi jangan tak percaya kalau ada juga yang sanggup menghadap skrin sampai 7 hingga 8 jam tanpa henti!

Dengan adanya powerbank, memang tiada masalah lagi nak topup bateri sambil lepak di restoran mamak dan kafe. Tapi ia juga timbulkan masalah bagi mereka yang ketagih sampai ‘lupa’ makan minum dan tidur yang cukup sehingga mata pun tampak letih dan sembab. Itu belum lagi kalau tengok bawah kelopak mata, dah macam beruang panda! 

 

Tak berganjak dari skrin komputer

Punca mata sembab bukan saja bila kita tak cukup tidur tapi kerana brightness skrin komputer yang terlalu terang membuatkan mata kita silau. Pada korang yang selalu berada di hadapan komputer selama berjam-jam, masalah ini mungkin berlaku. Ditambah lagi dengan bermain game yang menggunakan grafik tinggi dan berwarna-warni serta flashy, ia akan membuat pandangan terasa kabur.

Begitu juga bagi mereka yang bermain konsol disambungkan ke televisyen, akan berdepan masalah sama kerana terlalu lama fokus pada skrin.

Bagi mereka yang tidak endah mengenai kesihatan diri pastinya tidak akan mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah mata sembab ini.

 

Selalu berada dalam gelap

Bagi sesetengah ganer, menutup lampu dan bermain game di komputer ketika dalam gelap mungkin terasa lebih selesa dan tiada gangguan. Tapi untuk jangka masa yang lama, ia akan memberikan kesan kepada mata kerana terlampau banyak cahaya yang masuk. Begitu juga kalau korang main phone dalam gelap untuk check updates di media sosial dan sebagainya. 

Pandangan korang akan jadi kabur dan susah untuk fokus kalau mahu memandu dan sebagainya.

—-

Jadi kalau pandangan korang terasa kabur dan mata terasa letih selepas main game untuk beberapa lama.. cubalah gunakan Rohto Cool Eye Drops!

Korang boleh gunakan Rohto Cool Eye Drops ini untuk segarkan kembali mata! Ia mempunyai formula untuk menyejuk dan melembapkan mata dan menjadikan pandangan anda lebih jelas. Gunakan sebanyak 1 hingga 2 titik, 5 hingga 6 kali sehari.

Bila nak guna? Apabila korang terlalu lama hadap skrin di komputer atau peranti pintar, ia menjadikan mata kelihatan letih dan kering. Penggunaan Eye Drops ini mampu mengembalikan kelembapan mata apabila dimasuki debu dan habuk. Ia juga boleh digunakan apabila mata korang rasa tak selesa kerana penggunaan contact lenses ataupun ketika pemandangan menjadi kabur.

Dekat mana nak beli? Singgah saja ke farmasi berdekatan ataupun boleh kilik LINK ini.

 

Rohto di XPAXKEK Semester 2!

Ketika di Grand Final XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus semester 2, ramai pengunjung yang hadir menyertai pertandingan selfie bersama Rohto Cool Eye Drops untuk memenangi RM2,500!

 

RELATED NEWS

+