Mavericks: Proving Grounds Menyediakan Pertarungan Antara 400 Pemain, Serentak!
2018-02-20T08:11:38
By: Hazril Md Nor

Mavericks: Proving Grounds Menyediakan Pertarungan Antara 400 Pemain, Serentak!

 

Nampaknya mod Battle Royale bukan saja popular tapi menjadi inspirasi kepada game developer lain untuk tak melepaskan peluang membangunkan game serupa Player Unknown’s Battleground. 

Terbaru, Automaton Games merealisasikan impian ini menerusi projek Mavericks: Proving Grounds. Lebih mengagumkan, game ini akan memuatkan seramai 400 orang pada satu-satu masa, antara jumlah pemain terbesar dalam mod Battle Royale setakat ini!

Dalam trailer ini, tiada pertempuran ditemui sebaliknya pembangun ingin kita semua menghayati landskap dan grafiknya yang berskala tinggi. Ini bermakna, Proving Grounds mungkin akan membawakan sesi permainan lebih realistik dan memanfaatkan persekitaran dengan sebaik mungkin. 

Sudah tentunya permainan video terbaru ini bakal menentukan hala tuju mod Battle Royale seterusnya. Mungkin akan ada lebih banyak mod sampingan disediakan memandangkan terdapat 400 pemain dalam satu medan pertempuran. Fuhh hebat!

Layari laman web mereka di SINI untuk menyertai Beta Events dan menerima info terkini. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX hampir ke SEA Final, beza hanya 5 mata dengan Team Secret
3 days ago
Geek Fam MY guna pemain senior lawan Suhaz EVOS, 2-1
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG