Media Prima Digital wakil Malaysia dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) Asia Pasifik
2020-05-05T07:03:34
By: Hazril Md Nor

Media Prima Digital wakil Malaysia dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) Asia Pasifik

 

Media Prima Digital (MPD) terpilih sebagai salah satu dari 18 organisasi dalam Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google (IBG) dari 255 penyertaan seluruh Asia Pasifik! MPD juga satu-satunya syarikat yang mewakili Malaysia di rantau ini.

Menerusi inisiatif itu, portal berita e-sukan dan permainan MPD, MyGameOn telah dipilih untuk kemukakan idea dengan sokongan IBG untuk menampilkan cadangan isi kandungan bagi meningkatkan penggunaan kandungan dari komuniti pemain melalui penyesuaian.

Inisiatif Berita Google ini adalah usaha global untuk membantu mengembangkan industri berita dan aspek kewartawanan dalam era digital. Kutipan dana serantau akan memperkasakan pemangkin berita dari seluruh dunia bagi menunjukkan pemikiran baharu dalam kewartawanan era digital dan perkembangan model perniagaan penerbitan baru.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana terpilih untuk sebuah inisiatif yang mempercayai pemerkasaan pemangkin berita, terutamanya pada masa yang mencabar ini. Kami percaya ini adalah selari dengan komitmen kami untuk menjadi syarikat media digital pertama yang terkemuka dan dengan sokongan dan kepercayaan Google, kami akan terus berusaha membentuk industri berita.”

Selain dari MyGameOn, Media Prima Digital juga telah mengambil alih operasi IGN Asia Tenggara baru-baru ini untuk mengembangkan lagi portfolio permainan dan e-sukan serta kewujudan digitalnya di rantau ini. Capaian digital Media Prima ketika ini berjumlah lebih dari 15.3 juta pelawat unik bulanan di seluruh platform digital kumpulan, memenuhi segmen audiens yang berbeza dan menyebarkan kandungan yang relevan di setiap platform.

“Sebagai sebahagian dari usaha kami untuk membantu kewartawanan berkembang dalam era digital, Cabaran Inovasi Inisiatif Berita Google Asia Pasifik mencari cara kreatif bagi bilik berita di seluruh rantau dapat meningkatkan interaksi pembaca. Dipilih antara 255 pemohon, cadangan dari Media Prima menunjukkan penyelesaian yang dapat dilaksanakan, dan kami berhasrat untuk melihat hasilnya nanti.” kata Fazal Ashfaq, Ketua Penerbitan & Berita, APAC, Google.

Untuk maklumat lanjut mengenai Inisiatif Berita Google (IBG), klik LINK INI.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Todak Apprentice – pasukan perintis bercita-cita tinggi
4 days ago
Left 4 Dead 2 dengan kemaskini The Last Stand percuma pada hujung minggu ini
4 days ago
Filem Yakuza bakal menjadi kenyataan
4 days ago
Adidas akan mengeluarkan kasut Cyberpunk 2077
4 days ago
RollerCoaster Tycoon 3: Complete Edition percuma untuk pemain PC!
5 days ago
Dapatkan kupon $10 di EGS dengan memuat turun Rocket League secara percuma