MET Malaysia Dijenamakan Semula Sebagai IO Esports
2020-02-07T11:25:33
By: Hazril Md Nor

MET Malaysia Dijenamakan Semula Sebagai IO Esports

 

Penganjur kejohanan e-sukan, Mineski Events Team (MET) divisyen Malaysia mengumumkan perpisahan dengan syarikat induk, Mineski Global bagi membina identiti korporat sendiri.

Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) IO Esports, Kenchi Yap mengatakan perbezaan dari segi perancangan strategi dan hala tuju syarikat adalah punca utama perpisahan ini.

“Terima kasih kepada Mineski atas kolaborasi 10 tahun kebelakangan ini, bekerjasama untuk merancakkan industri e-sukan di peringkat global. Kami berpisah dengan cara yang baik dan akan fokus pada hala tuju baru,” kata Kenchi dalam satu kenyataan.

MET Malaysia dijenamakan semula kepada IO Esports memfokuskan identiti sebagai organisasi penganjuran e-sukan dan akan terus menjalankan operasi kafe siber Mineski Infinity di seluruh Malaysia sebagai persetujuan francais berasingan.

IO Esports juga akan mendedahkan perancangan jangka panjang mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. Mereka sudah merancang kejohanan e-sukan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya di Asia Tenggara dan peringkat dunia.

Walaupun berpisah dengan Mineski, mereka akan terus kekal menjadi penyedia perkhidmatan bagiĀ produksi, siaran langsung, kandungan dan pemasaran berkualiti tinggi selain menganjurkan kejohanan bertaraf dunia.

Baru-baru ini, mereka terlibat dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends, M1 dengan kerjasama Moonton yang diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur yang dihadiri 4,000 peminat dari serata dunia dan mencatatkan 650,000 tontonan di Youtube Gaming.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Kejohanan Pertama Rainbow Six Siege Di Asia Tenggara Diumumkan, Hadiah Terkumpul RM41,000
2 days ago
Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)
2 days ago
Faker Tandatangani Tiga Tahun Kontrak Dengan T1, Akan Jadi Pemilik Bersama
2 days ago
Ini Dia 10 Hero Mobile Legends Yang Perlukan Revamp
2 days ago
Kartun Overwatch Dan Anime Diablo Sedang Dihasilkan Untuk Netflix
3 days ago
Team Secret Umum Pasukan League Of Legends – Lowkey Esports Dari Vietnam