Metal Slug Code: J diumumkan untuk iOS dan Android
2020-06-29T06:48:48
By: Burhanudin Zamri

Metal Slug Code: J diumumkan untuk iOS dan Android

 

Siri permainan video Metal Slug sangat terkenal di seluruh dunia tetapi sudah lama judul baru tidak dikeluarkan. Kini SNK dan TiMi Studio telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah permainan video Metal Slug baharu.

Judul baharu tersebut bertajuk Metal Slug Code: J dan ia akan dilancarkan di peranti iOS dan Android. Ini bukan kali pertama siri Metal Slug hadir di peranti mudah alih tetapi nampaknya ia mungkin menjadi judul Metal Slug terhebat di platform tersebut.

Seperti kebanyakan judul utama Metal Slug, Metal Slug Code: J menonjolkan permainan penembakan side-scrolling yang penuh dengan aksi. Empat watak utama siri tersebut iaitu Marco Rossi, Tarma Roving, Eri Kasamoto, dan Fio Germi juga akan kembali.

Pada waktu ini, tiada tarikh pelacaran diumumkan. Maklumat lanjut mengenai permainan video ini akan diumumkan pada masa depan. 

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
#YoodoKEK Zon Borneo Final – Pasukan UeS HavoX dan DMG muncul juara
3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
4 days ago
Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
4 days ago
Tonton trailer baharu permainan pertarungan Sword Art Online: Alicization Lycoris
5 days ago
Crysis Remastered akan dilancarkan pada 23 Julai tahun ini