Microsoft Tawar Ninja Ke Mixer, Tapi Jumlah Penonton Masih Tak Meningkat Banyak
2020-02-13T11:18:13
By: Hazril Md Nor

Microsoft Tawar Ninja Ke Mixer, Tapi Jumlah Penonton Masih Tak Meningkat Banyak

 

Tawaran diberikan Microsoft ke Ninja dan Shroud untuk strim di platform Mixer bukanlah perkara baru malah penulis pernah berkongsikan di artikel INI dan INI.

Tapi baru-baru ini, laporan Bloomberg mengatakan servis penstriman permainan video itu gagal untuk meningkatkan jumlah penonton mereka.

Jumlah tontonan mengikut jam meningkat hanya sekitar 2% pada Januari jika dibandingkan dengan tahun lalu. 

Seperti rajah di atas, Facebook Gaming meningkat sebanyak 340%, Youtube Gaming pada kadar 25% dan Mixer hanya 2%. FB Gaming menarik berjuta penonton yang menggunakan platform ini untuk menyaksikan streamer kegemaran mereka.

 

Apabila Mixer menawarkan Ninja dan gamer popular lain ke Twitch, objektif mereka adalah membawa penonton beralih platform tapi nampaknya ia masih tak menjadi setakat ini.

Tapi disebabkan Microsoft mempunyai konsol terbaru tahun ini, mungkin ia membantu meningkatkan angka ini kerana streamer di Mixer akan strim permainan video baru di konsol tersebut.

Permainan video seperti Halo Infinite juga dinantikan tahun ini dan mungkin akan menyumbang kepada peningkatan angka.

Buat masa ini, strim paling popular adalah League of Legends. Fortnite pula menurun sebanyak 19% jumlah tontonan pada Januari.

Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Server EA Mengalami Masalah – FIFA Dan Apex Legends Terkesan
1 day ago
Kejohanan Pertama Rainbow Six Siege Di Asia Tenggara Diumumkan, Hadiah Terkumpul RM41,000
1 day ago
5 Game Seram Yang Paling Menakutkan Setakat Februari 2020
2 days ago
Review: Sonic The Hedgehog Filem Yang Seronok Untuk Tontonan Sekeluarga
2 days ago
Cara Untuk Menangi Kad Grafik GeForce RTX 2080 Ti Edisi Cyberpunk 2077 (Kemaskini)
2 days ago
Ini Dia 10 Hero Mobile Legends Yang Perlukan Revamp