Minum Tealive BANG BANG dan berpeluang menangi 3 skin hero Mobile Legends

Buat pertama kalinya, pemain Mobile Legends: Bang bang dan juga peminat minuman Tealive akan berpeluang untuk memenangi tiga skin eksklusif hero Mobile Legends: Bang Bang dengan kerjasama UniPin selaku peneraju pembekalan kandungan digital.

Anda hanya perlu mengimbas kod QR yang terdapat pada resit untuk penyertaan dengan membeli siri minuman Tealive Bang Bang.

Pengarah Eksekutif UniPin, Marcus Sua berkata, 515 E-Party sudah bermula pada 1 Mei hingga 15 Mei dan merupakan kolaborasi antara dua jenama terkemuka di dalam “ruang permainan” mereka sendiri.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Tealive untuk berhubung dengan ribuan peminat Mobile Legends melalui kesemua 598 kedai di seluruh Malaysia,” ulas Sua selanjutnya.

“Hadiah untuk dimenangi kali ini merupakan 3 skin watak eksklusif yang tidak dapat dibeli dengan wang,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo.

Tealive juga mencetak pembalut cawan edisi khas baharu bagi meraikan E-Party ini. Motif Mobile Legends: Bang Bang digunakan untuk kesemua kedai minuman di Lembah Klang.

Pembalut cawan edisi khas dengan motif Mobile Legends Bang Bang

Sua turut mengumumkan promosi kedua dikenali sebagai “Spin Your Day Around” bakal dijalankan sepanjang bulan Mei di mana pemain yang menambah nilai sebanyak RM20 di UniPin akan berpeluang untuk memenangi Diamonds, baucar diskaun Tealive atau skin hero Mobile Legends Bang Bang.

Sua juga memberitahu akan ada lebih banyak lagi promosi seperti ini untuk masa akan datang.

RELATED NEWS

+