Mobile Legends berkolaborasi bersama McDonald
2021-05-04T06:50:35
By: Mikhail Muttaqee

Mobile Legends berkolaborasi bersama McDonald

 

Kuala Lumpur: Tidak cukup dengan francais minuman sahaja, Mobile Legends: Bang Bang dan McDelivery kini mengumumkan kolaborasi baru bagi peminat-peminat MPL Malaysia.

Peminat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah ‘in-game items’ yang bernilai AS$11,000 (RM45,000).

MPL Malaysia Musim Ke-7 mengumpulkan 10 pasukan paling hebat di Malaysia untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak AS$100,000 (RM400,000).

Untuk pengetahuan pemain, dua pasukan teratas musim ini akan mewakili Malaysia di peringkat asia tenggara, MSC 2021 Jun nanti. 

Pemain dapat menyaksikan Playoff MPL Malaysia Musim Ketujuh secara langsung pada 28 Mei hingga 30 Mei ini di saluran Youtube Mobile Legends: Bang Bang.

 

Nikmati Snek sambil menonton MPL

Bukan sahaja pelbagai hadiah sepanjang bulan untuk dimenangi, pemain juga boleh dapatkan enam ketul Chicken McNuggets® secara percuma dengan menggunakan kod promo ‘MPLNUGGETS’ sewaktu pembelian McDelivery.

Promosi ini akan berlangsung sepanjang 14 – 31 Mei ini dan hanya tertakluk dengan pembelian RM50 ke atas dalam satu resit sahaja. 

TAGS

BERITA BERKAITAN

1 day ago
Kejohanan Maggi Hot Cup kembali, boleh main Wild Rift dengan Fattahzie dan Biu Biu
2 days ago
Ratchet & Clank: Rift Apart boleh pra-tempah dengan harga bermula RM299
2 days ago
‘Balik awal’ di MPL, Alter Ego kini cari penganalisis dan pembantu jurulatih
2 days ago
Kejohanan dunia League of Legends, Worlds 2021 akan diadakan di China
2 days ago
Mobile Legends kolaborasi dengan Star Wars?
3 days ago
Siri animasi League of Legends – Arcane bakal tiba suku ketiga tahun ini di Netflix