Mobile Legends: [EKSKLUSIF] Rippo Kongsi Pengalaman Bersama Aerowolf Jr
2020-02-13T13:21:20
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: [EKSKLUSIF] Rippo Kongsi Pengalaman Bersama Aerowolf Jr

 

Pemain Mobile Legends Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim, 19 atau lebih dikenali sebagai Rippo sah menyertai pasukan MLBB dari Indonesia, Aerowolf Jr awal hari ini.

Bekas pemain Geek Fam Mobile Legends ini berkongsi dengan penulis mengenai kariernya bersama pasukan tersebut dan perkara baru yang dipelajarinya bersama pasukan.

 

Rippo adalah bekas pemain Geek Fam

MyGameOn: Sejak bila anda mula bermain bersama Aerowolf Jr?

Rippo: Pada awal bulan Januari lepas, saya sudah bersama mereka berlatih. Tapi ketika itu lineup belum muktamad kerana tempoh percubaan jadi sebab itulah sekarang (Februari) baru diumumkan lineup penuh bagi persediaan menghadapi MLBB Development League (MDL).

MGO: Perasaan dan cabaran bermain bersama skuad Indonesia

Rippo: Saya berasa sangat gembira! Perkara baru yang menjadi satu cabaran buat saya ialah menyesuaikan diri dengan gaya permainan pasukan Indonesia. Mereka nyata lebih berpengalaman dan menggunakan strategi baru.

Saya boleh nampak perubahan pada corak permainan saya terutamanya pada aspek rotasi, komunikasi antara pemain dan bagaimana untuk bermain offlaner dengan berkesan. Mereka banyak beri tunjur ajar pada saya dan layanan pula sangat baik.

MGO: Bagaimana mengubat perasaan rindu pada keluarga di Malaysia?

Rippo: Saya sentiasa berhubung dengan ahli keluarga menerusi aplikasi Whatsapp. Kadang-kadang tu akan hubungi mereka biar dapat melepaskan rindu.

Bagi peminat di Malaysia, saya harap di mana saja saya berada (bersama pasukan Indonesia atau Malaysia), mereka akan tetap memberi sokongan yang padu.

MGO: Bagaimana persiapan menghadapi MDL?

Rippo: Setakat ini kami sudah berlatih dengan bersungguh-sungguh. 

Saya sangat bersedia menghadapi MDL. Dengan apa saya pelajari selama ini Insya-Allah akan dapat membawa pasukan ke peringkat akhir nanti.

—–

Ketika bersama Geek Fam, Rippo pernah menjuarai Liga Profesional Mobile Legends (MPL Malaysia dan Singapura) Musim Ketiga.

Lineup rasmi Aerowolf Jr:

  • Zoeybit
  • Rippo
  • Watt
  • Groot
  • Jo
  • Trixie
  • Cubbinz

Aerowolf Jr akan berentap di musim liga Mobile Legends: Bang Bang Development League (MDL) Musim Pertama yang akan bermula pada 17 Februari ini.

Liga itu adalah inisiatif Moonton untuk mencari bakat baru bagi pasukan-pasukan Indonesia di tahap kedua (di bawah MPL) selain memberikan peluang kepada lebih banyak pasukan menonjolkan bakat.

Selain Rippo, Sasa adalah pemain Malaysia yang kini bermain bersama skuad Indonesia. Sasa yang bersama Onic Esports pernah memenangi Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC 2019) yang berlangsung di Manila, Filipina tahun lalu.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Black Shark 3 Pro dan Black Shark Bluetooth Earphones akan dijual mulai 4 Jun
2 days ago
Acara Level Up Play-One akan berlangsung pada 13 & 14 Jun 2020, pendaftaran adalah percuma
2 days ago
Manchester City lancar Man City FIFA 20 Cup, terbuka untuk Singapura sahaja
3 days ago
Pelancaran musim baharu Call of Duty: Mobile dan Modern Warfare ditangguh
3 days ago
Acara Cyberpunk 2077 “Night City Wire” ditangguh ke 25 Jun 2020
3 days ago
A Total War Saga: Troy akan dilancarkan pada 13 Ogos 2020, percuma dalam tempoh 24 jam pertama