pengumuman Tony Fernandes menjadi pemilik Team Saiyan, nampaknya organisasi e-sukan, Flash Vision juga ada berita baik kepada peminat pasukan Mobile Legends."> pengumuman Tony Fernandes menjadi pemilik Team Saiyan, nampaknya organisasi e-sukan, Flash Vision juga ada berita baik kepada peminat pasukan Mobile Legends." /> pengumuman Tony Fernandes menjadi pemilik Team Saiyan, nampaknya organisasi e-sukan, Flash Vision juga ada berita baik kepada peminat pasukan Mobile Legends." />

Mobile Legends: Flash Vision Kini Sah Menaja Skuad MysteriousAssassin (MyA)

Selepas pengumuman Tony Fernandes menjadi pemilik Team Saiyan, nampaknya organisasi e-sukan, Flash Vision juga ada berita baik kepada peminat pasukan Mobile Legends.

Flash Vision yang dikenali dengan pemain fighting game mereka kini rasmi mengambil Mysterious Assassin (MyA) sebagai pasukan Mobile Legends yang akan bermain di bawah organisasi itu. FV juga pernah mengambil pemain FIFA 18 (Team Infinite) untuk bermain di bawah mereka sebelum ini.

MyA sedang bertanding dalam kejohanan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) dan akan berentap dalam playoff pada 13 April ini.

MyGameOn: Kenapa Flash Vision berminat untuk terlibat dalam Mobile eSports?

Johnny Tan (Pengasas Flash Vision): Sebenarnya kami dah lama pasang niat untuk ini (ambil MyA) sebelum MPL bermula. Kami sedang berbincang dengan mereka pada masa itu. Objektif kami ialah menubuhkan satu pasukan Mobile Legends yang kuat dan boleh berentap dalam kejohanan antarabangsa untuk mewakili Malaysia di pentas dunia. MyA antara pasukan yang mampu capai potensi itu.

MyA juga antara 3 pasukan Mobile Legends terbaik negara. Mereka mempunyai pemain yang berpotensi tapi kekurangan bantuan dari segi penajaan dan pengurusan. Mereka tak ‘dipromosikan’ dengan baik kepada komuniti. Dengan bantuan FV, kami boleh menguruskan mereka dari segi penajaan dari pelbagai penaja dan mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi sementara mereka boleh fokus sepenuhnya pada prestasi dalam permainan. Saya percaya mereka mampu jadi pasukan ML yang hebat suatu hari nanti.

Nota editor: Mereka akan bermain sebagai FV MyA apabila MPL berakhir tak lama lagi. Pastinya ia memberi harapan baru kepada anak bangsa ini untuk buat yang lebih baik pada masa depan. Semoga berjaya MyA!

RELATED NEWS

+