Mobile Legends: Freya Revamped, Lebih Kuat, Ganas!

Freya antara hero Fighter yang paling jarang digunakan dalam Mobile Legends: Bang Bang. Tak kisahlah mod Rank atau Classic, sangat jarang untuk menyaksikan Freya di Land of Dawn. Kenapa? Kuasanya yang kurang utiliti dan musuh yang mudah untuk kite (serang dan lari) membuatkan Freya kurang relevan.

Tapi selepas melihat perkara itu, Moonton kini revamp kembali Freya dalam patch terbaru ini. Jom baca lebih lanjut untuk perubahan pada skill!

 

Power of Einherjar

Bagi penulis pasif Freya ini adalah bread and butter. Salah satu sebab kenapa anda perlu menggunakan hero ini. Ia tak mempunyai efek aktif tapi menambahkan kelajuan serangan untuk dua serangan seterusnya selepas anda cast mana-mana skill. Paling best, ia boleh stack sampai enam kali! Jadi pasif ini sangat berguna untuk push tower seorang diri.

Tambahan dari revamp ini, Freya menerima Sacred Orb setiap dua serangan. Yang menariknya, Sacred Orb ini boleh dikumpul hingga enam point untuk digunakan pada skill lain. 

 

Leap of Faith

Tidak berbeza dari dulu, kuasa ini membuatkan Freya melompat ke arah musuh. Yang barunya, ia bukan saja ‘menyedut’ musuh ke arah lompatan tapi juga memberi pegun dan lebihan damage bergantung kepada jumlah Sacred Orbs dikumpul. 3 stacks Sacred Orbs akan mengenakan 200% damage dan pegun selama 0.9 saat.

Tips: Kuasa ini boleh digunakan dalam dua situasi. Pertama, anda mengumpul stacks Sacred Orbs terlebih dulu sebelum melompat bagi menguatkan impaknya. Kuasa ini boleh menjadi pembuka war terutamanya ke atas backline (marksman).

Kedua, ia boleh digunakan untuk melarikan diri dan anda boleh guna untuk melepasi tebing.

 

Spirit Combo

Kuasa kedua ini adalah main damage dealer bagi Freya. Ia mempunyai begitu banyak fungsi bagi hanya satu skill. Kira-kira tiga fungsi sekali gus!

Pertama, ia mempunyai empat caj yang hanya boleh diteruskan jika Freya mempunyai sekurang-kurangnya satu Sacred Orb untuk setiap caj. Yang paling menarik, Freya akan menerima shield bagi setiap hayunan yang berskala mengikut jumlah damage!

Kedua, ia memperlahankan musuh sebanyak 30% untuk 0.5 saat bagi setiap hayunan.

Ketiga, caj yang keempat akan membuatkan Freya melompat secara area of effect (AOE) ke arah musuh, menolak mereka ke udara untuk 0.5 saat. Skill ini membuatkan Freya sangat berguna untuk melawan Mage seperti Odette, Lunox mahupun Harith yang suka dash, dash, dash!

Tips: Disarankan untuk kumpul caj Sacred Orbs dengan menetak musuh sekali selepas setiap hayunan (attack speed anda laju jadi caj SO lebih mudah penuh).

 

Valkyrie Descent 

Ulti Freya ini hampir sama macam dulu cuma sekarang, ia menambahkan Shield yang agak tinggi sebenarnya dengan 500 base shield points (180% jumlah serangan fizikal). Ini membuatkan Freya sangat kuat untuk satu lawan satu (walaupun berdepan Masha).

Yang menariknya, jika ulti ini digunakan, anda akan menerima caj penuh SO, yang kemudiannya boleh enhance anda punya kuasa pertama. Jadi tak perlu risau buka ulti awal dan kemudian lompat.

Tips: Ulti ini mengenakan serangan splash jadi jika musuh dikenakan impak penuh Leap of Faith, anda boleh kenakan AOE damage kepada lebih tiga musuh dengan mudah. Ditambah lagi dengan attack speed dari pasif, durasi Valkyrie Descent selama 10 saat ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya.

Jadi sudahkah anda bersedia untuk bawa Freya sekali lagi ke Rank?

RELATED NEWS

+