Mobile Legends: Harga pertukaran Lemon mencecah RM4.15 juta?

Muhammad “Lemon” Ikhsan adalah pemain profesional Mobile Legends:Bang Bang dari Indonesia yang popular dan sering menjadi ikutan komuniti permainan mudah alih tersebut.

Lemon bermain di kesemua Liga Profesional MLBB (MPL Indonesia) dan tidak pernah terlepas satu pun. Beliau juga menjadi ‘wajah’ RRQ kerana sudah bersama organisasi itu sepanjang kariernya.

Dalam satu temubual baru-baru ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif RRQ, Andrian Pauline, nilai pertukaran Lemon ke pasukan lain boleh mencecah RM4.15 juta.

Anda boleh ke minit 47:51 untuk melihat temubual tersbeut.

Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana e-sukan kini menjadi satu platform dengan komuniti yang besar dan sudah menjadi satu industri yang menjana pendapatan di seluruh dunia.

Di Eropah, kontrak pemain CS:GO Alex “ALEX” McMeekin sendiri mencecah RM6.85 juta.

Lemon kini bermain untuk RRQ Hoshi di MPL Indonesia yang sudah pun bermula selama empat minggu.

RELATED NEWS

+