Mobile Legends: Kempen United We Win 515 Ini Ajak Korang Jumpa Pemain Profesional, Cosplayer Dan Menang Hadiah!

Pernah tak korang rasa nak jumpa pemain profesional Mobile Legends ataupun nak cuba bertanding dengan diorang tapi tak boleh datang ke Kuala Lumpur sebab jauh?

Jom lah mari ramai-ramai join memeriahkan lokasi-lokasi ni! Dengar cerita, kempen dari Moonton ni akan jelajah banyak lokasi di serata Malaysia!

 

Apa Dia United We Win 515 Ni?

Haa kalau korang nak tahu, Moonton dengan kerjasama pelbagai pihak akan menganjurkan 515 United We Win, satu kempen menarik yang akan bawak pemain profesional, cosplayer, komuniti berjumpa dengan peminat-peminat Mobile Legends di serata Malaysia!

Ia akan diadakan di enam (6) lokasi pada jam 12pm – 6pm iaitu:

  • Gurney Paragon, Pulau Pinang pada 21 April 2019 
  • Aman Central Mall, Kedah pada 27 April 2019
  • AEON Station 18, Ipoh, Perak pada 01 Mei 2019
  • Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei 2019
  • Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru, 11 Mei 2019
  • Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei 2019

Korang boleh daftar di sini okay? [bit.ly/my515registration]

 

Pergh, boleh menang lucky draw weh!

Tengok la ni barang-barang elektronik best dari Hyperx iaitu fon kepala Hyperx Alpha 2, Hyperx Cloud 2, Hyperx Revolver, fon telinga Hyperx Earbuds dan figura Miya pun ada tau!

 

Ada T-shirt, goodies dan macam-macam!

Memang semua orang nak menang baju kan? Lagi-lagi kalau ada logo Mobile Legends, hmm memang terbaik! Ni la peluang korang untuk dapatkan merchandise ni semua akt sana nanti. Ada tshirt, lanyard, kipas, baucar dan macam-macam lagi!

 

Ada kad Touch ‘N Go Edisi Terhad!

Siapa yang suka drive kereta ataupun selalu bayar tol tu, haa boleh la dapatkan kad Touch ‘n Go masa terhad (1,000 keping) ni! Penulis rasa korang mesti tak ada pernah nampak lagi edisi Mobile Legends macam ni kan? Haa jadi korang boleh dapatkan kad TNG ini di enam lokasi itu atau dalam talian pada harga RM25 je tau!

Korang nak tahu tak, secara tak langsung, wang diperoleh dari pembelian kad TNG ni akan disumbangkan ke badan kebajikan tau. 

 

Meera “Neverone” Dros jadi emcee korang, Sazali Samad pun datang!

Siapa yang tak kenal Meera “Neverone” Dros. Wanita yang juga dikenali Kak Meera ni memang popular dalam komuniti League of Legends tapi sekarang beliau akan buat korang terhibur di setiap 6 lokasi ini! Penulis pun tak sabar tengok Meera jadi hos balik tau!

Sazali Samad pula akan cosplay sebagai Badang? Haaa kalau korang nak tahu, kena la pergi lokasi-lokasi yang penulis sebut kat atas tadi!

 

Mari mari jumpa Pemain Mobile Legends favorite korang!

Haaa ini dia team favorite yang korang duduk tunggu-tunggu selama ni! Pilih la 3 tarikh ni untuk jumpa diorang, yang penting korang kena make sure bawa sekali member-member yang belum pernah jumpa team ni! Mereka adalah:

  • Mysterious Assassin
  • Xpax X-Assins
  • Geek Fam

 

Tak sah acara ML kalau tak ada cosplayer yang hebat ni!

Selain jumpa dengan pemain profesional, korang juga boleh bergambar kenangan dengan cosplayer tersohor tanah air ni. Ada Micho The Haram-Bae, Adele “Ellemonade” Lim dan Team Jeng Kreng. Ehh, Freya ke tu? Awesome gila cosplay dia!

 

Ini dia jadual untuk setiap lokasi, tapi ingat tau, mungkin ada perubahan. Kot-kot korang tertanya apa aktiviti yang berlangsung dekat sana kan, haaa boleh lah rujuk jadual ni.

 

Ada diskaun beli Domino’s Pizza!

Selain itu, ada tawaran Domino’s Pizza. Jadi lepasni kalau korang lapar dekat lokasi tu, bolehlah pekena Pizza dengan harga lebih murah!

Jom ramai-ramai datang! Jangan lupa gunakan hashtag #515Unite #MLBB bila korang tangkap gambar okay? 

Eh dan jangan lupa login Mobile Legends pada 20 April ini untuk menang ganjaran hebat!

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+