Mobile Legends: Liam (RRQ Hoshi) kini fokus pada livestreaming

Liam merupakan pemain veteran di dalam arena kompetitif Mobile Legends, bermain untuk pasukan RRQ Hoshi ketika dahulu.

Beliau sering digelar top tank player oleh peminat mereka, akan tetapi setelah berakhirnya musim ketiga, ramai pemain posisi tank yang lebih hebat menutup bayang beliau seterusnya menjadikan beliau hanyalah pilihan di dalam pasukan tersebut.

Selain itu, Liam pernah memasuki pasukan itu kembali pada musim keenam, akan tetapi hanya bermain satu kali perlawanan. Pada musim yang ketujuh, Liam tidak lagi berada di dalam roster pasukan RRQ. 

Pertanyaan bagaimanakah situasi Liam kini terjawab melalui video berdurasi 1.52 minit itu menjelaskan tentang diri beliau.

Liam mempunyai masalah kesihatan, menghadkan kemampuan beliau untuk fokus berada di dalam pasukan ketika ini. Oleh itu, beliau lebih fokus ke arah live streaming untuk tidak membebankan ahli pasukan.

Mungkin apabila kesihatan beliau telah sembuh sepenuhnya, beliau akan mencuba lagi untuk bermain di arena kompetitif bagi pasukan RRQ. Kita nantikan.

RELATED NEWS

+