Mobile Legends: M2 mencatatkan 136 juta tontonan
2021-03-01T08:51:00
By: Hazril Md Nor

Mobile Legends: M2 mencatatkan 136 juta tontonan

 

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M2 mencatatkan 136 juta tontonan di lapan platform penstriman langsung dan dua siaran langsung televisyen menurut kenyataan media dikeluarkan hari ini. 

Ia adalah kejohanan bertaraf dunia pertama diadakan pada tahun ini secara offline walaupun pandemik COVID-19 melanda. Platform paling tinggi merekodkan tontonan adalah Youtube Gaming, Facebook, Nimo TV, TikTok dan Twitch. 

Rakyat Indonesia mewakili 42.16% daripada keseluruhan tontonan. M2 juga adalah acara e-sukan mobile yang paling tinggi jumlah tontonan.

Perlawanan antara Burmese Ghouls dan Bren Esports adalah yang paling tinggi tontonan dengan tontonan serentak sebanyak 3.083 juta, naik 353% berbanding tahun lalu.

M2 menyaksikan 12 pasukan bertanding merebut hadiah terkumpul AS$300,000 dengan Bren Esports dinobatkan juara. Kejayaan dan rekod tontonan tinggi ini akan diteruskan lagi dengan MPL yang akan datang.

“Esports menyediakan hiburan dan kegembiraan kepada penonton antarabangsa pada waktu sukar ini (COVID-19).

“Kami teruja dengan sokongan berterusan dari rakan rasmi dan pemain-pemain untuk M2. Kami berharap dapat terus bawakan pengalaman menarik kepada komuniti dengan liga MPL yang sudah berlangsung di serata Asia Tenggara,” kata Lucas Mao, Pengarah Urusan Moonton Esports.

MPL Indonesia musim ketujuh sudah dimulakan sejak minggu lalu manakala MPL MY bakal menyusul pada 11 Mac ini (Jumaat).

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Isu Vokey: “Jangan keterlaluan sampai melibatkan keluarga,” – Aiman Wafiy
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX layak ke SEA Final
3 days ago
PMPL: Dingoz MPX di tempat pertama, Team Secret dan Taugeh Ayam ikut rapat
4 days ago
PMPL: Yoodo Gank bukan lagi tempat pertama, slot SEA akan jadi milik pasukan lain
4 days ago
Bukan rezeki Team Bosskurr, Suhaz EVOS terus dominasi
4 days ago
Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG