MPL: Apa Nasib Reborn Dan Bigetron SG?

Semalam, kami melaporkan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura kembali untuk musim keempat.

Seperti biasa, senarai pasukan jemputan terus boleh dipersoalkan kerana terdapat beberapa kekeliruan pasca MPL. Sebagai contoh, pasukan Reborn yang sebelum ini mendapat tempat kelima/keenam menimbulkan persoalan bagi status jemputan terus kerana empat pemainnya sudah pun keluar.

Baca lanjut: Rynn, Loong dan Evilx keluar dari Reborn

Ini adalah senarai skuad yang layak ke MPL MY/SG Musim Keempat:

  • Geek Fam
  • Shopee Bosskurr
  • Reborn
  • Xpax X-Assins
  • EVOS Esports SG
  • Bigetron SG

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Moonton, Pengurus Esports Moonton, Jayden Wei berkata setiap pasukan perlu kekalkan 60% pemain dari musim ketiga untuk mengesahkan status jemputan terus ini. Tapi pemain Reborn kini hanya tinggal Silo dan Kenpachi.

Memandangkan Rynn, Loong, Lacid dan Evilx sekarang bermain untuk Axis Bosskurr, mereka mempunyai lebih peluang untuk mendapat jemputan terus ini berbanding Reborn. Jadi apa kesudahannya?

Axis Bosskurr

Dalam kes AirAsia Saiyan yang lepas, keenam-enam pemain keluar daripada skuad tersebut tapi masih menerima jemputan terus untuk ke MPL musim ketiga.

Baca lanjut: MPL S4 MY/SG diumumkan

Sementara itu, BIGETRON SG sudah pun dibubarkan dan ini menimbulkan tanda tanya bagi skuad Singapura mana akan menggantikan mereka nanti.

Ketika artikel ini ditulis, penulis masih menunggu pengumuman dari pihak penganjur, eGG Network bagi menjawab kekeliruan ini. Seharapnya isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Liga selama enam minggu ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000.

Pendaftaran sudah pun dibuka dari 5 Julai hingga 14 Julai ini dan boleh daftar di sini https://forms.gle/pZPN3yEF3ZbsEX4C6

Bagi pusingan kelayakan Malaysia pula, ia akan bermula pada 19 Julai hingga 21 Julai dan Singapura pula pada 27 hingga 28 Julai

Bagi korang yang taknak terlepas tengok pusingan kelayakan, ia akan bersiaran langsung di Facebook MLBB pada 21 Julai (Malaysia) dan 28 Julai (Singapura).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: WTM Today

RELATED NEWS

+