masalah kesihatan yang dialaminya dan terpaksa dimasukkan ke wad."> masalah kesihatan yang dialaminya dan terpaksa dimasukkan ke wad." /> masalah kesihatan yang dialaminya dan terpaksa dimasukkan ke wad." />

MPL: Ciku direhatkan, 4meyz atau Xray akan ganti posisi hypercarry

Pemain profesional Mobile Legends, Muhammad Danial Mohamad Fuad atau Ciku dari Todak dikhabarkan akan direhatkan untuk minggu keempat MPL MY/SG Musim Keenam berikutan masalah kesihatan yang dialaminya dan terpaksa dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi berkata Danial semakin stabil namun akan direhatkan dari bermain.

“Stoo akan menyertai barisan utama dan kami akan memutuskan antara Xray atau 4Meyz yang akan menjadi hyper carry nanti.

“Peminat tak perlu risau kerana masalah kesihatan dialami Ciku tidaklah begitu teruk. Insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Doakan beliau,” kata Ashi.

Todak diwakili oleh Muhammad Rizwan Bin Abdullah (Eone), Ciku, Zikry Bin Shamsuddin (Moon), Mohamad Aiman Bin Idris (Xray), Wan Usman Bin Wan Imran (4Meyz) dan Zairul Hazim Bin Zailani (Stoo)

Mengulas mengenai kejayaan mereka merekodkan kemenangan lima set setakat minggu ketiga, tidak ada rahsia apa-apa melainkan terus berlatih dan scrim bersama pasukan lain.

“Mereka ada jadual yang agak padat dan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk MPL kali ini.

“Seperti musim lalu, kali ini matlamat mereka dan juga kami di Todak adalah menyasarkan gelaran juara tapi tidak boleh terlalu selesa dengan keadaan seperti dulu (tempat ketiga di kejohanan dunia, M1).

“Saya berulangkali ingatkan mereka yang karier sebagai pemain profesional ini adalah untuk jangka masa panjang dan kena tahu hala tuju dalam bidang ini,” kata Ashi.

Setakat minggu ketiga musim liga MPL MY/SG Musim Keenam, Todak masih kekal tangga pertama apabila menewaskan pasukan pilihan, Red Reborn dan Geek Fam dengan skor 2-1.

Minggu ini mereka akan berentap dengan pasukan hebat dari Singapura iaitu EVOS SG.

Ketiadaan Ciku pasti membuatkan Todak perlu mengatur kembali percaturan dan strategi mereka. 

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+