MPL: Ciku muncul MVP minggu ketiga, tonjol kehebatan bermain Ling
2020-09-15T03:48:57
By: Hazril Md Nor

MPL: Ciku muncul MVP minggu ketiga, tonjol kehebatan bermain Ling

 

Pemain profesional Mobile Legends, Danial Fuad atau Ciku adalah MVP minggu ketiga musim liga MPL MY/SG Musim Keenam selepas meraih MVP dalam dua perlawanan minggu lepas.

Dia juga berjaya memecahkan rekod disandang oleh Mal yang memenangi MVP minggu pertama dan kedua.

 

Perlawanan ke atas Red Reborn, 2-1

Dalam perlawanan pertama ke atas Red Reborn, Ciku bermain Ling dengan begitu licik. Dia berjaya mendapatkan kill banyak kali ke atas beberapa hero Red Reborn dan yang paling tak dilupakan adalah kepantasan jarinya dan reaksi menangkap backline dengan mudah. Dalam satu situasi, dia berjaya menangkap Cakbu yang bermain sebagai Pharsa dan kemudian berjaya merampas Lord dari pihak lawan.

Terdapat kesilapan grafik di mana Todak sepatutnya dilabel W dan bukan L

Prestasi cemerlang itu ditunjukkan lagi menerusi statistik di mana Ciku memperoleh Gold tertinggi setiap minit iaitu 834. Dalam perlawanan tersebut, Ciku juga berjaya membunuh Lord sebanyak dua kali dan mendapatkan skor 8-3-11.

  

 

Perlawanan ke atas Geek Fam, 2-1

Dalam perlawanan ke atas Geek Fam pula, Ciku mengambil kelebihan ke atas Geek yang menggunakan meta Diggie feed.  Dengan jumlah mata bunuh yang tinggi dan hanya satu kematian, Ling ternyata mempunyai kelebihan ke atas ahli-ahli lain. Dia juga mudah menangkap Xorn dan Dominus yang senang diancam.

Jumlah Gold juga kali ini lebih banyak berbanding perlawanan ke atas Reborn. Dengan GPM sebanyak 947, dia juga menjadi damage dealer yang paling kuat dengan 61,591 jumlah serangan dikenakan ke atas musuh.  

 

Ciku mencatatkan KDA 11-1-10 dan berjaya menunjukkan kemahiran yang amat baik bermain sebagai Ling. Ini antara hero yang paling selesa dimainkan olehnya.

MPL MYSG S6 | Musim Liga W3 | MVP | Todak Ciku

Terlepas persembahan hebat Ciku dari Todak semasa Minggu ke-3?Tidak perlu risau, kami telah mengumpulkan detik-detik permainan terbaiknya di mana beliau benar-benar mengganas lawannya! 💥Untuk lebih banyak perlawanan menarik, pastikan anda saksikan Minggu ke-4 Musim Liga yang berlangsung pada 18 – 20 Sep ini! 📺#MPLMYSGS6 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MobileEsports #Malaysia #Singapore #AllorNothing—🌐 Laman web: https://mysg.mpl.mobilelegends.com/📷 IG: https://www.instagram.com/mpl.mysg.official/🤳🏻 FB: https://www.facebook.com/mplmysg/

Posted by MPL MYSG on Tuesday, September 15, 2020

 

Ranking terkini

Setakat minggu ketiga musim liga MPL MY/SG Musim Keenam, Todak kini naik satu anak tangga dan menjadi yang teratas. Mereka tiada lagi kekalahan untuk mana-mana set dan mencatatkan 10 perlawanan menang dan hanya tiga kekalahan. Todak juga satu-satunya pasukan yang memegang rekod 100% kadar kemenangan.

Team SMG berada di kedudukan tercorot manakala Team Bosskurr yang tak pernah menang set, melonjak dua anak tangga di tempat kelapan selepas menewaskan Geek Fam, 2-0. Yang tak pernah menang mana-mana set setakat ini adalah Team SMG dan Forsaken.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Permainan BTS Universe Story kini telah tiba untuk Android dan iOS
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC
4 days ago
Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!