MPL: EVOS SG – Soul, Bambi Dan JPL Kekal, Lun, Fossa, Pokemon Dan Aeon Penambahan Baru

Juara Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat, EVOS SG mengumumkan lineup baru mereka yang akan bertanding pada musim akan datang ini. 

Sebelum ini, kesemua pasukan jemputan terus sudah reveal lineup kecuali EVOS SG yang masih merahsiakan ahli-ahli baru mereka.

Ini adalah lineup baru EVOS SG:

  • Chong Ru Chyi (Soul)
  • Robert Boon Wei Xing (OhDeerBambi)
  • Akihiro Furusawa (JPL)
  • Lim Sheng Lun (Lun) dari Resurgence
  • Javon Ham Kao Yee (Fossa) dari Notorious Villains (NV)
  • Ng Jun Hong (Pokemon)
  • Ong Wei Sheng (Aeon) – jurulatih. Aeon sebelum ini adalah kapten kepada Resurgence dan mendapat tempat keempat dalam MPL MY/SG dua musim berturut-turut.

Ini bermakna EVOS SG berjaya mengekalkan tiga pemain asal dari musim lalu (Soul, Bambi dan JPL) bagi melayakkan mereka menerima jemputan terus.

Lima pasukan jemputan terus yang rasmi:

  • EVOS Esport SG (Juara Musim ke-4)
  • Todak (Naib Juara Musim ke-4)
  • Axis Esports (Tempat keempat Musim ke-4)
  • Geek Fam (Juara Musim ke-3, tempat kelima/keenam Musim ke-4)
  • Team Bosskurr (Tempat ketujuh/kelapan Musim ke-4)

Bagi pusingan kelayakan, ia akan bermula pada 7 hingga 9 Februari (Malaysia) diikuti dengan 15 dan 16 Februari untuk warga Singapura. 

Dua pasukan Malaysia dan tiga pasukan Singapura akan dicari dari pusingan kelayakan ini untuk mendapat slot ke musim liga.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

RELATED NEWS

+