MPL Indonesia Akan Bermula Esok, Lapan Pasukan Rebut RM1.2 Juta

Moonton mengumumkan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Indonesia Musim Kelima akan bermula esok.

Musim liga tersebut mengumpulkan lapan pasukan MLBB terbaik yang sudah membeli slot sejak musim lepas. Mereka adalah:

1. ALTER EGO ESPORTS

2. AURA

3. Bigetron Alpha

4. EVOS Legends

5. Geek Fam ID

6. Genflix Aerowolf

7. Onic E-Sports

8. Rex Regum Qeon (RRQ)

Musim liga ini akan diadakan di MPL Arena di XO Hall, Jakarta, Indonesia, mengumpulkan prizepool sebanyak RM1.2 juta.

Kali ini, MPL Indonesia akan ditayangkan di Elshinta TV, pertama kali siaran di televisyen untuk negara tersebut. Selain itu, ia turut ditayangkan di Facebook Gaming, Youtube dan Nimo TV.

Ini bermakna lebih banyak tumpuan akan diberikan oleh golongan sasar (ibu bapa, peminat sukan dan lain-lain) kepada liga Mobile Legends ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+