MPL Indonesia: Meta Estes punca Bigetron Alpha mendominasi?

Pasukan Bigetron Alpha menunjukkan peningkatan prestasi setakat minggu keenam musim liga MPL Indonesia musim ketujuh.

Dalam dua set perlawanan, mereka menang 2-0 ke atas skuad Aura Fire dan membenamkan Geek Fam dengan skor 2-1.

BTR Alpha juga dilihat mengutamakan hero-hero support yang bukan meta seperti Estes. Angela dan Rafaela adalah pilihan sekarang ini namun BTR menggunakan pendekatan berlainan.

Dalam temubual bersama ONE Esports, pemain kelahiran Malaysia, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo), seorang pemain sidelaner berkata, mereka sudah bersedia untuk strategi ini dalam masa agak lama.

“Kami sudah bersedia guna Estes sejak pertandingan sebelumnya (ketika melawan Genflix Aerowolf) dan keputusannya sangat baik. Setakat ini, meta Estes ini masih sesuai dan tidak menghadapi kekalahan lagi,” katanya.

Rippo berkata, meta Estes ini kuat kerana ia boleh menambahkan nyawa kepada ahli pasukan.

“Kami akan cuba yang terbaik lawan tiga pasukan terakhir di musim  liga ini (Alter Ego, EVOS Legends dan ONIC Esports),” akhirinya.

Musim liga MPL Indonesia musim ketujuh sudah hampir ke penghujungnya. Bigetron Alpha akan berentap melawan Alter Ego pada Jumaat, ONIC pada Sabtu minggu depan dan EVOS Legends pada minggu kelapan (dua minggu lagi).

Bigetron Alpha perlu mengekalkan kedudukan empat teratas bagi melayakkan diri ke kumpulan atas (upper bracket). Namun, Alter Ego yang merupakan pesaing terhebat setakat ini masih menunggu di perlawanan berikutnya.

Sumber rujukan dan foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+