MPL Indonesia: RRQ cemerlang, juara dua kali berturut-turut

Pasukan Mobile Legends Indonesia, RRQ berjaya menjadi juara dua kali berturut-turut bagi MPL Indonesia selepas menewaskan Alter Ego dalam perlawanan sengit 3-2 sebentar tadi.

RRQ yang dianggotai oleh Lemon, Xinnn, Vynnn, R7 dan Alberttt itu berjaya mengekalkan disiplin mereka pada perlawanan kelima dan menggunakan meta Wan-Wan serta satu marksman.

MPL Indonesia menyaksikan lapan pasukan bertarung pada Jumaat hingga Ahad merebut hadiah terkumpul RM1.2 juta.

Pasukan-pasukan bertanding sudah pun melepasi musim liga yang berlangsung selama lapan minggu. Hanya Geek Fam dan Aura Fire yang gagal layak ke playoffs.

berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+