MPL Indonesia: Sang Raja RRQ Hoshi tewas di tangan Alter Ego 0-2

El Classico di antara pasukan RRQ Hoshi dan pasukan Alter Ego sentiasa menjadi sebutan para peminat, malah peminat kedua pasukan ini pasti akan bertelagah di dalam media sosial. Pertemuan mereka pada petang ini memang sengit dan menjadi permainan yang harus ditonton.

PERLAWANAN PERTAMA

Pada minit 1.53 pasukan RRQ berjaya mendapatkan first blood apabila R7 berganding bahu dengan Alberttt yang membuat rotasi untuk membunuh Leomurphy. Namun begitu, Turtle yang pertama menjadi milik pasukan Alter Ego setelah Pyschoo dan Vynnn dihapuskan. Ahmad dan Leomurphy tidak berundur dan terus maju membunuh Alberttt di turret yang pertama.

Rotasi demi rotasi yang dilakukan oleh Leomurphy dan Udil sangat berhasil, di mana sahaja lane yang mereka melakukan rotasi, pasti ada musuh yang tewas. Ia secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada Celiboy untuk terus farm dan melengkapkan item.

Pada minit ke-8, pasukan Alter Ego terus bermain dengan berdisiplin dan mengejar objektif untuk mengambil 2 turret kepunyaan Sang Raja. Meskipun R7 memberikan asakan di lane atas, pasukan Alter Ego tidak berganjak untuk terus membunuh ahli pasukan RRQ Hoshi.  Lord yang dibunuh oleh pasukan Alter Ego pada minit ke-10 berjaya mendapatkan mereka inner turrent di lane tengah seterusnya memberikan mereka kelebihan sebanyak 5,000 gold di depan.

Pasukan RRQ Hoshi berjaya menahan serangan dari pasukan Alter Ego pada minit ke-15. Mereka berjaya membunuh Ahmad dan Leomurphy untuk menghentikan serangan pasukan tersebut. Namun asakan dari Ahmad yang menjadi naga dari belakang di bahagian top lane berjaya menundukkan sang raja di saat akhir.

 

PERLAWANAN KEDUA

Turtle pertama diambil oleh Celiboy pada minit 2.34 berikutan tidak ada tentangan dari pasukan RRQ Hoshi. Seterusnya, mereka terus merusuh masuk ke arah blue buff pasukan RRQ Hoshi untuk menyekat kemaraan Alberttt untuk terus farming. 

Ahmad yang ingin membunuh Wizz di turret yang pertama tidak berhasil meskipun dibantu oleh Leomurphy menyebabkan beliau terkorban. Manakala Alberttt dilihat tidak mampu untuk menyaingi kadar farming Celiboy yang pantas mendapatkan item. Pasukan Alter Ego memastikan Ahmad tidak dibenarkan sama sekali untuk berada di dalam keadaan yang selesa. Mereka terus menyekat Ahmad daripada farming.

Selain itu, sang raja tidak mempunyai cukup damage power untuk buat follow up setiap kali Psychoo menggunakan ultimate. Ini menyebabkan pasukan Alter Ego bebas untuk keluar masuk medan pertarungan tanpa sebarang kematian.

Pada minit ke-11, Pai dan juga Ahmad telah berjaya mengabungkan combo mereka untuk membunuh Vynnn dan juga Wizz. Seterusnya Celiboy terus maju ke arah Lord dan membunuh Lord secara solo tanpa gangguan dari Sang Raja. Leomurphy yang berjaya menangkap Alberttt dan dibantu oleh Lord untuk merusuh ke base musuh berjaya menjaminkan kemenangan mereka di perlawanan kedua.

Tidak sangka Sang Raja begitu mudah tewas di perlawanan kedua, pasukan Alter Ego berjaya mendapatkan kemenangan bagi El Classico kali ini. Mungkin selepas ini kita akan dapat saksikan mereka bertemu semula di peringkat playoff.

RELATED NEWS

+