MPL: “Maafkan Kami, Malaysia” – Moon
2019-10-20T14:59:41
By: Hazril Md Nor

MPL: “Maafkan Kami, Malaysia” – Moon

 

“Minta maaf kerana tak dapat banggakan Malaysia,” itu ucapan ringkas daripada Zikry Shamsuddin, 20 atau lebih senang dikenali sebagai Moon. Zikry adalah pemain dan kapten kepada pasukan Todak yang berentap di Grand Final Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura Musim Keempat sebentar tadi.

Dalam perlawanan itu, Todak kalah tipis berdepan skuad Singapura, EVOS SG dengan skor 2-3, membawa pulang wang tunai RM50,000. 

“Kalau nak ikutkan, kami berlatih dengan bersungguh-sungguh setiap hari untuk dapatkan apa yang kami nak (trofi MPL).

“Malam pula ada perbincangan untuk fikir drafting dan sebagainya. Memang ini yang kami impikan (mahu menang MPL),” katanya.

Menceritakan pengalamannya, Moon pertama kali bertanding di pentas profesional sebegini dan akui ada sedikit gementar.

“Tipulah kalau tiada perasaan gementar tapi kami berani mencuba tak kira kalah atau menang.

“Yang paling saya suka, dapat kawan baru yang tak pernah berjumpa sebelum ini,” katanya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat, penyokong dan peminat yang tidak henti memberi sokongan selama ini.

Todak dianggotai oleh Ciku, Nenas, Lychee, Xray, Eone dan Moon. 

Sementara itu, EVOS SG meraih juara dan membawa pulang RM104,662 sekali gus layak ke kejohanan dunia Mobile Legends, M1.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM414,000 dan dianjurkan oleh eGG Network dengan kerjasama Monton.

Artikel berkaitan: Todak dan Axis Esports layak ke kejohanan dunia Mobile Legends, M1

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
M1: Perjalanan Axis Esports Kini Berakhir
3 days ago
M1: “Kami Akan Cuba Perbaiki Kesilapan,” – Todak
3 days ago
M1: Empat Pengulas Ini Berkongsi Tentang Top Picks, Prestasi Pasukan Negara Di Kejohanan Dunia
4 days ago
M1: “Kami Hanya Sasar Gelaran Juara, Akan Cuba Yang Terbaik,” – Todak
4 days ago
Larian Studios: Studio Baru Di Malaysia, Divinity: Original Sin 2 & Cabaran Kompleks Baldur’s Gate 3
5 days ago
M1: Todak Mara Ke Playoffs, Mendominasi Kumpulan C