MPL: Mal adalah pemain MVP minggu pertama, hebat gunakan Harith, Wan Wan
2020-09-01T11:10:23
By: Hazril Md Nor

MPL: Mal adalah pemain MVP minggu pertama, hebat gunakan Harith, Wan Wan

 

Musim Liga MPL MY/SG Musim Keenam sudah bermula dan kita dapat menyaksikan pasukan Mobile Legends Malaysia dan Singapura berentap untuk minggu pertama.

Tak dinfaikan pertukaran roster dan format ban terbaharu membuatkan banyak pasukan mengatur strategi berbeza kali ini. Yang paling menarik setiap kali musim liga, pasti kita akan ternanti-nanti siapakah pemain MVP?

Mengikut data yang dikeluarkan, Mal adalah pemain MVP atas beberapa sebab:

 

Perlawanan pembukaan ke atas Geek Fam, 2-1

Red Reborn yang dianggotai oleh Eren, Silo, Mal, Cakbu, Mom dan Grengo membuat drafting yang agak menonjol pada perlawanan pertama dengan pemilihan Hilda dan Khaleed. Kelebihan kedua-dua fighter ini mampu untuk ke backline dengan mudah tanpa berbalas kecederaan.

Mereka juga percaya dengan kebolehan Mal sebagai Rodger yang menjadi Hyper Carry.

Dalam perlawanan tersebut, Mal mencatatkan KDA 7-0-7 tanpa kematian dan 835 Gold setiiap minit.

Tak dinafikan, ramai yang merasakan meta hyper carry kini kurang fokus kepada marksman tapi dengan draft ditunjukkan Red Reborn, mereka sekali lagi memberi peluang kepada Mal menggunakan hero terbaik beliau.

Prestasi Mal sebagai Wan Wan pada perlawanan ketiga ke atas Geek Fam mungkin tak sama dengan persembahan sebagai Rodger tapi dalam kebanyakan situasi, Mal berjaya membuka Crossbow of Tang dan menyingkirkan satu demi satu pemain Geek Fam.

Dalam perlawanan ini Mal mencatatkan 3,162 damage setiap minit dan 874 gold setiap minit, lebih tinggi dari perlawanan pertama.

 

Perlawanan ke atas skuad Singapura, Divinity, 2-0

Perlawanan pada hari Ahad ke atas skuad Singapura, Divinity ini adalah yang paling epik kerana Mal sebagai Harith merekodkan mutu permainan yang sangat menarik. Dalam perlawnana ini, beliau berjaya raih 12 mata bunuh dan hanya 1 kematian. Damage setiap minit pula adalah yang tertinggi dalam mana-mana perlawanan beliau MVP sebelum ini.

Sebagai tanda menghargai prestasi hebat Mal Gaming untuk minggu ini, beberapa detik terbaik telah dikumpulkan ketika…

Posted by MPL MYSG on Tuesday, September 1, 2020

 

Kedudukan terkini

Setakat ini, Red Reborn berada di kedudukan kedua dengan kemenangan dua set perlawanan manakala hanya satu perlawanan tewas menentang Geek Fam. Mereka memperoleh keseluruhan mata agregat 3.

 

Bagi halaman kedua, Team Bosskurr yang tercorot kerana tewas dua set perlawanan dan hanya mencatatkan dua kemenangan perlawanan. Mereka memproleh -2 mata agregat.

MPL Malaysia dan Singapura Musim Keenam berlangsung selama enam minggu untuk musim liga yang disertai 10 pasukan terbaik Malaysia dan Singapura.

Mereka merebut hadiah wang tunai terkumpul RM417,250.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
3 days ago
PMPL: Tonton Grand Finals dan anda berpeluang menang Perodua Myvi!
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC
4 days ago
Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!