MPL Malaysia: Orange Esports lebih berdisiplin, menang 2-1 ke atas Reborn Esports

Pasukan Orange Esports dilihat lebih  berdisiplin pada minggu kelima MPL Malaysia musim ketujuh kali ini.

Mereka bermain dengan begitu teratur dan tidak terburu-buru bagi mendapatkan objektif. Malah, pemilihan hero sesuai seperti Rafaela dan Angela (meta dua support) sangat membantu pada game ketiga (penentuan).

Justeru itu, mereka berjaya mendapatkan skor 2-1 ke atas Reborn Esports.

Pemilihan Kagura sangat membantu dalam perlawanan ini. Dengan adanya Neo menggunakan Paquito, beliau kerap kali memulakan teamfight dan kemudiannya Angela boleh masuk ke dalam badan Rodger dan Kagura juga menggunakan Yin Yang Overturn tanpa masalah.

Komposisi tiga hero pengguna magic ternyata berjaya. Mereka hanya menghadapi enam kali kematian berbalas 15 mata bunuh.

Aim juga adalah pengguna mage yang hebat sekali gus mendapatkan damage tertinggi bagi perlawanan ini. Mali pula dapat MVP dan menerima Forgotten One kerana jumlah assist tertinggi.

RELATED NEWS

+