MPL-MY diumumkan, perpisahan dari MPL MYSG
2021-01-14T02:18:22
By: Burhanudin Zamri

MPL-MY diumumkan, perpisahan dari MPL MYSG

 

Penganjur kejohanan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) MYSG telah mengumumkan perpisahan antara penyertaan negara Malaysia dan Singapura. Bermula pada tahun ini, kejohanan di Malaysia akan dikenali sebagai MPL-MY.

Menurut penganjur MPL MYSG, keputusan ini dibuat untuk memberi kandungan tempatan yang lebih berkualiti dan peluang lebih besar untuk rakyat Malaysia bertanding.

Untuk para pemain MLBB di Malaysia yang berminat untuk bertanding di MPL-MY Musim Ke-7, pendaftaran akan dibuka bermula pada 18 Januari ini.

Ini merupakan satu perkembangan yang sangat bagus untuk industri e-sukan tempatan. Lebih ramai pemain MLBB di Malaysia berpeluang untuk bertanding di peringkat kebangsaan dan berpotensi menjadi wakil negara di pentas antarabangsa.

Sumber: MPL MYSG

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Guilty Gear: Strive ditangguh ke 11 Jun 2021
4 days ago
PUBG Mobile: Matthew masuk Alter Ego
4 days ago
Epic Games membeli Tonic Games Group, syarikat induk pembangun Fall Guys
5 days ago
Trailer rasmi siri anime Dota: Dragon’s Blood dilancarkan
5 days ago
Daus Jamil (Rynn) kini pemain ketujuh Al Ikhlas Bosskurr
5 days ago
Kejohanan Riot Games, VALORANT VCT dan League of Legends (MSI) akan diadakan di Iceland, Mei ini