MPL: Orange Esports Layak Ke Musim Liga

Orange Esports yang terdiri daripada bekas pemain Saiyan Reborn kini layak ke Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia & Singapura Musim Kelima.

Mereka diwakili oleh:

  1. Mal
  2. Eren
  3. Silo
  4. Mom
  5. Cakbu

Dalam pusingan kelayakan Malaysia sebentar tadi, mereka menang ke atas DarkHorse dengan markah 2-1. 

Dua pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan tersebut akan maju ke musim liga. Mereka akan disertai oleh tiga pasukan terbaik dari pusingan kelayakan Singapura.

Lima pasukan ini akan bertembung dengan lima pasukan terbaik dari musim sebelumnya di musim liga. Antara pasukan yang sah masuk secara jemputan terus ialah juara dan naib juara musim keempat iaitu EVOS Esports SG dan Todak.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Anda boleh tonton penstriman langsung pusing kelayakan MPL Malaysia Musim Kelima di laman rasmi Facebook Mobile Legends: Bang Bang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+