MPL: Pemain hyper carry Todak, Ciku masuk wad
2020-09-14T06:15:01
By: Hazril Md Nor

MPL: Pemain hyper carry Todak, Ciku masuk wad

 

Pemain profesional Mobile Legends negara, Danial Fuad atau Ciku dikhabarkan berada di wad kerana masalah kesihatan.

Berita itu diumumkan oleh Pengurus Pembangunan E-Sukan Todak, Radzi “Ikuto” Rahman dalam satu posting di Facebook page beliau.

Dalam posting tersebut, Ikuto turut mengharapkan peminat dan komuniti Mobile Legends sama-sama mendoakan kesihatan pemainĀ hyper carry tersebut agar dapat segera sembuh.

Bagaimanapun dalam posting tersebut, tidak dinyatakan apakah masalah kesihatan yang dialami.

Sebelum ini, Todak ketika bermain di minggu lepas untuk MPL MY/SG Musim Keenam berjaya mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Red Reborn dan Geek Fam. Mereka kini di kedudukan pertama carta ranking musim liga setakat minggu ketiga.

Jika masalah kesihatan ini berlanjutan, berkemungkinan Todak perlu mencari pengganti sementara bagi posisi Ciku nanti. Harap semuanya berjalan lancar dan sama-sama kita mendoakan Ciku cepat sembuh!

Foto: Ikuto00

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
Razer melancarkan DeathAdder V2, BlackShark V2, dan BlackWidow V3 versi nirwayar
3 days ago
Di sebalik seorang Fall Guy.. bagaimana anatomi sebenar mereka?
3 days ago
Macam mana nak menipu dalam Among Us? Shroud ada caranya
3 days ago
Among Us begitu popular sehingga pembangun membatalkan sekuel
4 days ago
Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid 2 mungkin akan dilancarkan semula di PC
4 days ago
Watch Dogs 2 dan Football Manager 2020 percuma di EGS, tawaran tamat esok!