MPL: Pusingan Kelayakan Malaysia Bermula Jumaat Ini
2020-02-05T10:19:39
By: Burhanudin Zamri

MPL: Pusingan Kelayakan Malaysia Bermula Jumaat Ini

 

Berakhirnya Januari maksudnya berakhirlah waktu rehat untuk para peminat Liga Profesional Mobile Legends  (MPL) Malaysia dan Singapura.

Bermula pada hari Jumaat ini iaitu 7 Februari sehingga 9 Februari 2020, pusingan kelayakan MPL MY/SG Musim Kelima untuk Malaysia akan berlangsung secara dalam talian.

Dua pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan tersebut akan maju ke musim liga. Mereka akan disertai oleh tiga pasukan terbaik dari pusingan kelayakan Singapura.

Lima pasukan ini akan bertembung dengan lima pasukan terbaik dari musim sebelumnya di musim liga. Antara pasukan yang sah masuk secara jemputan terus ialah juara dan naib juara musim keempat iaitu EVOS Esports SG dan Todak.

Seperti musim lalu, liga akan berlangsung selama enam minggu pada Sabtu dan Ahad – pasukan dipilih ke playoffs mengikut ranking yang mana hanya lapan teratas akan dipilih untuk bertanding pada 18 dan 19 April 2020 ini.

Kejohanan ini mengumpulkan hadiah terkumpul RM410,000.

Anda boleh tonton penstriman langsung pusing kelayakan MPL Malaysia Musim Kelima di laman rasmi Facebook Mobile Legends: Bang Bang.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Ini Dia 12 Pasukan Malaysia Layak Ke Liga Profesional PUBG Mobile MY/SG 2020!
2 days ago
PUBG Mobile: Boyka Kini CEO Bigetron Malaysia
4 days ago
Aylrhmn – Streamer Yang Menanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan
4 days ago
Permainan Video Seram Ini Diinspirasikan Dari Karya Junji Ito
4 days ago
Yoodo Gank 2020 – Jumper, ManParang, Draxx Dan Fredo
5 days ago
Mak Cun’s Adventure Catat Lebih 1 Juta Muat Turun