MPL: “Rasa Bangga Dan Bersyukur Dengan Apa Yang Ada Sekarang,” – Ayen Nenas
2019-10-21T07:35:52
By: Hazril Md Nor

MPL: “Rasa Bangga Dan Bersyukur Dengan Apa Yang Ada Sekarang,” – Ayen Nenas

 

“Perubahan diri tu banyak, saya belajar banyak perkara dari pasukan luar (Singapura) dan pasukan yang pernah menyertai MPL sebelum ini.

“Saya bersyukur dan berbangga dengan apa yang ada sekarang,” kata Shahril Anuar Abdul Rashid ataupun lebih dikenali sebagai Nenas yang mana pasukannya, Todak berjaya meraih naib juara di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia dan Singapura musim keempat berlangsung di KL Live, Kuala Lumpur, semalam.

Nenas (berdiri kiri) bersama pasukan Todak. Foto: Mohd Syazlan

Dia yang mempunyai pengalaman selama tiga kali menyertai MPL MY/SG berkata, setiap musim membawa perubahan baru pada dirinya sebagai seorang pemain kompetitif.

“Ketika pertama kali sertai MPL musim pertama, saya memang kurang fokus dan di musim kedua pula kurang perform dan diletakkan sebagai pemain simpanan untuk skuad Geek Fam Mystic.

“Untuk musim ketiga pula, saya tak masuk sebab tengah fokus untuk perbaiki prestasi dalam permainan. Bagi musim keempat ini, Ashi dan Hangus memanggil saya untuk sertai Todak dan kami tubuhkan skuad ini sebelum kelayakan MPL lagi,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Shahril berkata, sepanjang bersama skuad itu, dia turut memenangi kejohanan ternama seperti Mobile Legends Diamond Challenge Series (MDC), MGC dan Star Supa Comic E-Sports Arena.

“Alhamdulillah banyak perubahan yang kami lakukan dari musim lepas sampailah sekarang. Dari segi latihan dan meta, jelas saya rasa prestasi kami makin baik dari musim-musim lepas,” katanya.

Sementara itu, pengurus Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau Ashi berkata, mereka akan gandakan persiapan yang telah dilakukan sebelum ini bagi menghadapi kejohanan dunia Mobile Legends, M1.

“Kami akan gandakan apa yang telah dilakukan di MPL termasuk persiapan dari segi mental dan fizikal.

“Pentas MPL sendiri dah banyak mengajar mereka tentang arena e-sukan sebenar dan saya yakin mereka akan lebih bersedia menghadapi M1,” katanya.

Dalam kejohanan MPL itu, Todak meraih gelaran naib juara dan membawa pulang wang tunai RM50,000.

Todak diwaikili oleh Nenas, Muhammad Rifhan Mohd Rizal (Hangus), Mohamad Aiman Idris (Xray), Muhammad Rizwan Abdullah (Eone), Muhammad Qayum Faez Abdullah (Lychee), Muhammad Danial Mohd Fuad (Ciku) dan Zikry Shamsuddin (Moon).

TAGS

BERITA BERKAITAN

5 days ago
Level Up KL Biz 2019 Hari 1: Permainan Video Bukan Sekadar Hiburan Sahaja
5 days ago
[RASMI] Boyka Menjadi Jurulatih Bagi Skuad PUBGM Indonesia, Bigetron Esports
5 days ago
Larian Studios Bakal Membuka Studio Baru Di Malaysia, Fokus Untuk Baldur’s Gate 3
6 days ago
DOTA2: “MidOne Keluar Atas Pilihannya Sendiri,” Pengurus, Gary Yeik
6 days ago
DOTA2: Quincy Crew Kini Bermain Untuk Chaos Esports Club
6 days ago
EVOS Menerima Dana Sebanyak RM18.2 Juta, Akan Fokus Kepada Influencer