Muhammad Faiz ‘Favlain’ Muncul Juara Kejohanan Moh Skor Esports Tournament

Selepas mengumpulkan finalis di serata Malaysia, sekarang kita dah menemui pemenang untuk kejohanan Moh Skor anjuran My Game On! dengan kerjasama Kitamen dan Garena ini!

Pada acara Moh Skor di Asia Comic Con 2018 yang berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad, pertandingan Grand Final FIFA Online 3 menemui pemenangnya yang tak lain tak bukan, Muhammad Faiz Hariry Mohd Fodzai atau lebih dikenali sebagai Favlain! Dia membawa pulang wang tunai RM10,000 selepas berjaya mengharungi pusingan upper bracket.

Moh Skor mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM50,000 untuk tiga permainan iaitu FIFA Online 3, Mobile Legends dan FIFA 18 serta RM10,000 Boost Credits diberikan kepada pemenang FIFA 18 dan Mobile Legends. 

Dalam acara itu, Faiz menewaskan pesaing terhebat, Ryan ‘NiamaGa1’ Kan yang bermula dari lower bracket selepas tewas dengannya di perlawanan pertama. Ryan kemudiannya berlawan dengan empat lagi pesaing di pusingan itu dan terpaksa akur dengan kekalahan di Grand Final dengan markah 3-2.

Mengintai kembali rekod kejayaannya, Favlain pernah menjadi wakil Malaysia untuk kejohanan EACC Summer 2016 bersama tiga lagi rakan senegara, Kent Liaw, Vin Chew dan Ahmad Nazreen dan membawa pulang wang tunai keseluruhan RM122,410.

Acara ini ditaja oleh Acer Predator dan Boost.

Perasan tak sekarang ni lebih senang nak topup kredit game korang? Dengan aplikasi Boost, korang boleh dapatkan Boost Credits (kredit permainan) untuk pembayaran online seperti Steam, Garena Shells, PlayStation Cash Card, MOL Points dan banyak lagi!

Mudah je dengan kemudahan top-up secara dalam talian di Maybank2u, CIMB Bank dan banyak lagi syarikat perbankan yang ada. Anggap je macam E-Wallet untuk korang simpan duit dalam tu bagi pembelian apa-apa kredit berkaitan game!

Selain itu, korang juga boleh top-up kredit prabayar, bayar bil dan mendapatkan baucer digital untuk F&B, Online Shopping dan macam-macam lagi! Aplikasi Boost boleh dimuat turun di App Store dan Google PlayStore

RELATED NEWS

+