#mydigitalmaker Fair 2018: Memupuk Kemahiran IT & Digital Untuk Generasi Muda

Bercita-cita tinggi untuk menjadi tenaga kerja berkemahiran teknologi digital lebih tinggi?

Tanpa kita sedari, penggunaan digital melalui komputer, telefon bimbit dan sebagainya sudah sebati dalam kehidupan seharian kita dalam komunikasi, hiburan dan pelbagai sektor industri.

Ini juga menjurus kepada organisasi yang bergantung terhadap teknologi digital bagi meningkatkan kualiti produk selari dengan era pembangunan digital pesat pada masa kini dan akan datang.

Lebih-lebih lagi, kira-kira 90% daripada pekerjaan masa hadapan akan memerlukan tenaga kerja yang cekap dalam kemahiran teknologi digital.

Bagi menampung permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam teknologi digital, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menganjurkan #mydigitalmaker Fair 2018.

Pameran ini adalah sebahagian dari Gerakan #mydigitalmaker bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada golongan belia tentang peluang kerjaya dalam industri teknologi digital di masa hadapan.

Industri teknologi digital merangkumi pelbagai kemahiran IT & digital seperti pengaturcaraan, pembangunan aplikasi, pembangunan  permainan video, percetakan 3D, robotika, analisis data dan banyak lagi untuk melestarikan kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti tinggi diterapkan dalam kalangan bakat muda Malaysia.

Sumber: FB MYdigitalmaker

Pelbagai program dan aktiviti digital seperti pameran prototaip, bengkel pemasangan dron, pertandingan dan ceramah kerjaya dtuju kepada golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa bagi mengetahui lebih lanjut terhadap potensi cerah industri teknologi digital yang boleh melonjakkan ekonomi digital ke tahap lebih tinggi.

#mydigitalmaker Fair 2018 turut bekerjasama lebih 60 organisasi di Malaysia untuk memberi pendedahan meluas kepada pengunjung untuk melengkapkan golongan belia dengan kemahiran teknologi digital menyeluruh untuk pasaran kerja di masa akan datang.

Anjuran #mydigitalmaker Fair 2018 kali kedua ini kembali lebih besar di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Nantikan kehadiran MyGameOn bersama Media Prima Digital di #mydigitalmaker Fair 2018 pada 29 September sehingga 30 September 2018!

Kemasukan adalah PERCUMA! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman rasmi mereka atau ikuti laman web sosial mereka di Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+