Nier Replicant Diumumkan, Versi Baharu Nier Pertama

Pada tahun 2017, Yoko Taro menggegarkan dunia permainan video dengan karyanya Nier Automata. Judul tersebut memperoleh skor tinggi daripada banyak pengulas. Ia menjadi jauh lebih popular daripada Nier, judul yang dilancarkan sebelumnya.

Pada 29 Mac 2020, Square Enix mengumumkan Nier Replicant ver.1.22474487139… (ya, itu tajuk sebenar permainan video ini). Yusuke Saito, penerbit Square Enix, menerangkan bahawa ia bukan sebuah remake tetapi sebuah versi tambah baik (version up).

Ia dipanggil versi tambah baik kerana ia akan mengandungi:

  • Lakonan suara penuh untuk dialog
  • Kandungan baharu
  • Muzik baharu
  • Kemungkinan juga sebuah pengakhiran baharu

Ramai peminat Nier Automata terlepas peluang untuk main Nier kerana ia dilancarkan pada tahun 2010 untuk PlayStation 3 (PS3) dan Xbox 360. Satu perkara unik tentang Nier ialah ia dilancarkan dalam dua versi berbeza: Nier Gestalt dan Nier Replicant.

Dalam Nier Gestalt, anda bermain sebagai seorang bapa yang perlu mencari ubat untuk menyembuhkan anaknya yang sakit. Dalam Nier Replicant pula, jalan ceritanya sama tetapi anda bermain sebagai seorang abang yang cuba menyelamatkan adiknya yang sakit.

Sebagai seorang yang pernah main Nier dan sangat menyukainya, penulis merasa sangat teruja dengan pengumuman ini. Nier memang layak diberikan nafas baharu agar ia dapat dialami oleh lebih ramai pemain.

Pada waktu ini, Nier Replicant ver.1.22474487139… masih belum diberikan tarikh pelancaran. Ia sedang dibangunkan oleh Toylogic dengan kerjasama bersama Square Enix dan Platinum Games (pembangun Nier Automata) untuk PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+