Ninja Adalah Streamer Dengan Pendapatan Tertinggi RM70 Juta, Lapor Forbes

Ninja adalah penghibur penstriman langsung (streamer) yang paling banyak menerima pendapatan pada tahun 2019 mengikut laporan Forbes.

Pemilik nama Tyler Blevins itu meraih sebanyak AS$17 juta (RM70 juta), diikuti oleh Felix ‘PewDiePie’ Kjelberg dengan pendapatan sebanyak AS$15 juta. Walaupun bukan sepenuh masa tapi PewDiePie tetap berjaya menggalas kedudukan nombor dua dalam senarai.

Pendapatan ini adalah sumber dari penciptaan kandungan, partnerships dan tajaan. 

Senarai penuh ini menampilkan enam Youtubers dan empat penghibur penstriman langsung:

  1. Tyler ‘Ninja’ Blevins – AS$17 juta
  2. Felix ‘PewDiePie’ Kjellberg – AS$15 juta
  3. Preston ‘Preston’ Arsement – AS$14 juta
  4. Mark ‘Markiplier’ Fischback – AS$14 juta
  5. Michael ‘shroud’ Grzesiek – AS$12.5 juta
  6. Daniel ‘DanTDM’ Middleton – AS$12 juta
  7. Evan ‘VanossGaming’ Fong – AS$11.5 juta
  8. Sean ‘Jacksepticeye’ McLouglin – AS$11 juta
  9. Timothy ‘TimTheTatman’ Betar – AS$8 juta
  10. Nick ‘NICKMERCS’ Kolcheff – AS$6 juta

Bukan semua yang tersenarai ini 100% mencipta kandungan daripada gaming jadi Forbes meluaskan definisi gamers seperti Markiplier yang tidak begitu heavy gaming content

Bercakap pasal Ninja, dia melakukan beberapa kerjasama antara Adidas, Red Bull, PSD dan bersama Mixer untuk strim secara eksklusif.

Ninja juga menerima skin tersendiri di Fortnite.

(Sumber: Reclaimthenet)

RELATED NEWS

+