Ninja menawarkan Gamer Hoodie berharga sekitar RM245
2020-11-25T10:50:04
By: Hazril Md Nor

Ninja menawarkan Gamer Hoodie berharga sekitar RM245

 

Personaliti popular di Twitch, Ninja kini hadir dengan koleksi baru iaitu gamer hoodie.  

Dalam satu ciapan di Twitter, hoodie tersebut akan mempunyai rekaan yang membolehkan anda memakai fon kepala. Ini membolehkan anda main game ataupun mendengar muzik tanpa mengubah kualiti audio.

Mengikut laporan Soya Cincau, pakaian ini akan boleh dibeli bermula esok  (jam 4 pagi waktu Malaysia).

Salah satu ciri yang menarik pada hoodie ini adalah material digunakan yang mempunyai ruang di bahagian telinga untuk memastikan audio fon kepala boleh melepasi pakaian tanpa masalah.

Jika anda ingin menginginkan gamer hoodie ini, ia agak mahal, berharga sekitar RM245 dan hadir dalam warna merah, merah jambu, kelabu dan hitam.

Jangan lupa untuk layari laman web Team Ninja untuk membelinya.

Sumber rujukan: Soya Cincau

TAGS

BERITA BERKAITAN

2 days ago
Final Fantasy VII Remake salah satu permainan percuma PS Plus Mac 2021
3 days ago
Malaysia naib juara di FIFA eClub World Cup 2021, tahniah diucapkan!
3 days ago
MPL Indonesia: Celiboy menjelaskan kemenangan mereka ke atas Sang Raja
4 days ago
MPL Indonesia: Bigetron Alpha tundukkan EVOS Legends, 2-1
4 days ago
Wakil Malaysia, Wicked Esports layak ke grand final FIFA eClub World Cup, akan lawan Jepun
5 days ago
Asia Pacific Predator League 2020/21 akan berlangsung pada April 2021