Nintendo Switch Lite Diumumkan, Berharga Sekitar RM825

Ada antara korang yang menunggu Nintendo Switch yang khas untuk sesi permainan di luar dan tak terlalu mahal untuk dibeli. 

Tak perlu risau lagi kerana Nintendo Switch Lite dah pun diumumkan tiba tak lama lagi!

Menurut laporan daripada Aksiz, ia mempunyai rekaan hampir sama dengan Switch cumanya paparan bertukar kepada saiz 5.5 inci dan masih mengekalkan resolusi 720p. Disebabkan status lite diberikan, ia dijangka mempunyai bateri lebih kecil berbanding versi asalnya.

Seperti yang penulis katakan di atas, ia tak boleh disambungkan kepada televisyen dan dicas menggunakan dok sebaliknya rekaan ini lebih khusus untuk permainan mudah alih.

Buat setakat ini, masih belum ada senarai permainan apa yang boleh dimainkan tapi Nintendo pastinya akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Konsol ini akan tiba di pasaran global pada 20 September dan dijual dengan harga pasaran RM825. Korang boleh pilih warna Yellow, Grey dan Turquoise.

Sumber: Aksiz

RELATED NEWS

+