Orange Esports Cafe berkolaborasi dengan LiHO TEA, wujudkan hab gaya hidup & e-sukan

Anak syarikat Esports Business Network (EBN), Orange Esports Cafe berkolaborasi bersama LiHO TEA untuk melancarkan kafe e-sukan dan gaya hidup pertama di Malaysia, semalam.

Kafe tersebut bertempat di SS2, Petaling Jaya dan akan menjadi hab gaya hidup dan e-sukan bagi anak muda berkumpul dan mempromosikan budaya healthy gaming.

“Bagi melangkah ke hadapan dalam industri e-sukan, kita perlu lakukan inovasi dan terus mencari peluang baru. Visi ini adalah mengumpulkan jenama dalam e-sukan menerusi kolaborasi strategik.

“Kolaborasi bersama LiHO TEA ini akan menjadi batu loncatan untuk kami dan menjadi aspirasi kepada misi syarikat untuk perkembangan bisnes,” kata Adrian Gaffor, Ketua Pengarah Eksekutif Berkumpulan Esports Business Network.

LiHO TEA menawarkan pelbagai menu minuman seperti fruit tea, cheese tea dan milk tea yang sesuai dengan minat masyarakat Malaysia serta Singapura. Antara tiga minuman yang popular adalah Golden Avocado Milk, Da Hong Pao Milk Tea bersama Brown Sugar Pearls dan Singapore Fruit Tea.

Pengarah Urusan LiHO TEA, En. Rodney Tang juga mengucapkan rasa teruja dapat bekerjasama dengan kafe e-sukan terkenal di Malaysia bagi melancarkan konsep kreatif ini.

Bagi peminat e-sukan, anda boleh menangi PlayStation 5 dengan menyertai cabutan bertuah ini. Beli satu minuman dari LiHO  TEA dan ambil gambar di Orange Esports Cafe SS2 lalu memuat naik foto di Facebook atau Instagram dengan tanda pagar #ORANGExLIHOMY dan anda berpeluang memenangi sebuah PS5.

Mereka juga mengadakan promosi yang mana pelanggan akan mendapat promo “beli satu minuman percuma satu”.

Terdapat juga acara komuniti CS:GO yang akan diadakan pada 22 Mei ini untuk bertanding bagi 100 cawan minuman LiHO TEA.

Layari info lanjut di Facebook Orange Esports Cafe dan LiHO TEA Malaysia.

RELATED NEWS

+