Overcooked diberikan secara percuma di Epic Games Store sehingga 11 Jun 2020
2020-06-05T02:09:19
By: Burhanudin Zamri

Overcooked diberikan secara percuma di Epic Games Store sehingga 11 Jun 2020

 

Jualan Epic Mega Sale masih sedang berlangsung di platform Epic Games Store (EGS) di PC dan pemberian permainan video percuma secara mingguan tetap diteruskan. Untuk minggu ini, pemain PC boleh muat turun sebuah permainan multi-pemain yang menyeronokkan.

Overcooked, permainan video masakan multi-pemain yand dilancarkan pada tahun 2016 kini boleh dimuat turun secara percuma melalui EGS. Tawaran percuma ini boleh diambil sehingga 11 Jun 2020 sahaja. Selepas itu, ia akan digantikan dengan permainan video percuma lain.

Malangnya, Overcooked tidak mempunyai mod multi-pemain dalam talian. Anda hanya boleh bermain mod multi-pemain tempatan. EGS juga tidak mempunyai fungsi seperti Steam Remote Play yang membenarkan permainan tempatan dimainkan secara dalam talian.

Apa-apa pun, ini masih sebuah tawaran yang menarik dan jika anda tidak pernah main Overcooked, ini adalah peluang yang baik untuk mencubanya.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan InstagramSaksikan kami di YouTube.

TAGS

BERITA BERKAITAN

3 days ago
#YoodoKEK Zon Borneo Final – Pasukan UeS HavoX dan DMG muncul juara
3 days ago
Pelancaran Crysis Remastered ditangguh
3 days ago
Worms Rumble akan dilancarkan di PC, PS4, dan PS5 pada hujung tahun ini
4 days ago
Bandai Namco akan mengadakan pembentangan Play Anime Live pada 23 Julai
4 days ago
Paul “Redeye” Chaloner sah bersara daripada e-sukan
5 days ago
Crysis Remastered akan dilancarkan pada 23 Julai tahun ini