E3 2020 telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, PC Gaming Show 2020 tetap akan berlangsung."> E3 2020 telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, PC Gaming Show 2020 tetap akan berlangsung." /> E3 2020 telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, PC Gaming Show 2020 tetap akan berlangsung." />

PC Gaming Show 2020 Akan Berlangsung Pada 6 Jun 2020

Pada setiap tahun, PC Gamer menganjurkan PC Gaming Show di acara Electronic Entertainment Expo (E3). Malangnya, E3 2020 telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19. Walaubagaimanapun, PC Gaming Show 2020 tetap akan berlangsung.

Pihak penganjur PC Gaming Show 2020 telah mengumumkan bahawa acara tersebut akan disiarkan secara langsung pada 6 Jun 2020. Anda boleh tonton acara tersebut melalui YouTube, Twitch, Facebook, dan Twitter.

Menurut kenyataan daripada PC Gamer, acara ini akan diadakan pada waktu yang sama dengan pembentangan-pembentangan lain yang akan berlangsung di Twitch dan platform lain.

Selain daripada menjadi acara besar untuk mengumumkan permainan video PC baharu, PC Gaming Show juga terkenal dengan demonstrasi dan pengumuman komponen PC baharu seperti kad grafik dan pemproses.

Untuk maklumat lebih lanjur mengenai PC Gaming Show 2020, anda boleh rujuk laman web rasmi acara tersebut.

Sumber: PC Gamer

Foto: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+